Kedai Makan di Langkawi – Restoran Siti Fatimah.

Ketika kami bercuti ke Pulau Langkawi yang lepas kami diperkenalkan oleh tuan rumah rehat yang kami sewa tersebut dengan Restoran Siti Fatimah ini. Jaraknya dari rumah tersebut hanya beberapa meter sahaja, sangat dekat.

Syukur sangat kerana restoran ini menyediakan pelbagai pilihan hidangan makan tengah hari pada harga yang murah. Berbelanja untuk makan seharian tidak menjadi masalah bagi kami sebab boleh bungkus lauk dari restoran ini saja.

image

Selain makan tengah hari turut disediakan juga sarapan pagi yang mana bahagian sarapan pagi dijaga oleh seorang chef. Bahagian tersebut ada jual kebab, roti canai dan roti pizza sediaan panas mengikut tempahan pelanggan. Dapat makan panas-panas baru puas hati. Nasi lemak yang sedia dibungkus pada harga RM1 juga turut dijual dengan pilihan sambal berbeza.

image

Pemiliknya (mungkin) sangat peramah, bila dia datang ke meja untuk mengira harga makanan kita pasti dia akan sebut “yang sikit-sikit itu kira halal jer”. Bayangkan sekiranya anda ambil sedikit lauk hanya untuk rasa tapi takut kena bayar mahal itu tidak berlaku di restoran ini kerana pemiliknya mungkin faham dengan situasi. Bersedekah sedikit untuk rezeki yang lebih lagi.

Sekiranya anda mencari tempat ini untuk makan menujulah ke persimpangan Telaga Mahsuri/Kota Mahsuri dan Ulu Melaka. Lokasinya berhampiran simpang tersebut selepas taman perumahan. Ingat ya hari Jumaat tutup tidak beroperasi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

11 Responses

  1. fyna says:

    dah lama tak pergi sini ^_^

  2. Amirez says:

    cuti nanti cadang nak ke Langkawi. bolehlah singgah kat kedai makan ni nanti 🙂

  3. wahhh pernah datang sini sekali mse gi sane

  4. Tempat makan area UTARA nie memang kategori murah lagi sampai sekarang kan….

    • ejam says:

      mungkin juga, lokasi kami makan ketika perjalanan balik juga boleh kata murah dan sedap, berbaloi pada harga yang dibayar.

  5. Td baru je lepas mkn lunch kat kedai ni.. mmg sedap secukuo rasa.. dan kategori murah.. tp skrg ni dia x tutup hari junaat dah.. dia TUTUP HARI RABU.. tp tokey kedai tu ckp kalau cuti sek dia akan buka hari2.. 🙂

  6. intan says:

    Macam mana nk buat tempahan. Ada no. phone tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *