Mengidam Spageti Pula.

Makan malam semalam adalah spageti yang dimasak sendiri oleh isteriku. Katanya tiada selera hendak makan nasi maka dengan segera dia siapkan makanan ini. Kebetulan yang telah dirancang pagi sebelumnya telah dibeli segala bahan yang perlu untuk buat spageti.

Kali ini amat ringkas saja pembuatannya sebab tiada daging cincang, kalau ada lagi sedap sedangkan tiada pun dah sedap. Alhamdulillah tengok raut wajahnya ada senyum puas sebab apa yang diingini berjaya dapat.

image

Ringkas tapi sedap.

Ada permintaan tambahan diselitkan pada penghujung sesi makan malam tersebut iaitu nanti sudah dapat gaji nak makan spageti Pizza Hut pula. Sempatkah tunggu gaji, silap hari bulan dalam minggu ini juga agaknya kena pergi kalau dah terasa nak makan sangat. Layankan saja selera orang mengandung demi anak kita jugakan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.