Nak Masuk Nak Masuk Tak Kira Nak Masuk Juga.

Dialog yang mungkin diucapkan oleh Haq ketika meraung seperti tajuk di atas. Tidak kiralah papa atau mamanya yang berada dalam bilik itu mesti dia nak masuk. Tujuan sebenarnya hanyalah hendak punggah baju dan panjat katil jer. Modal untuk menjayakan misi masuk ialah ketuk dengan kuat diiringi dengan tangisan macam didera, kalau jiran dengar mesti mereka andaikan kami dera anak walhal itu adalah lakonan Haq semata-mata. Sekiranya misi berjaya dia akan terus senyap dan gembira menuju ke lokasi dituju.

Diharapkan jiran tetangga jangan telefon tele-dera pula bila dengar Haq menangis kerana itu hanyalah lakonan dia saja.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *