Somtam Terbaik di Restoran Tawan Tomyam.

Makan malam semalam isteriku teringin makan Somtam maka petang itu terus menuju Restoran Tawan Tomyam. Alhamdulillah ada rezeki nak makan somtam, ada dalam menu dan ada bahannya.

image

Somtam.

Yang pandainya menu lain sampai dulu, somtam yang diinginkan sangat tu sampai lewat sikit. Nampak tak strateginya mengiurkan orang mengandung mengidam haha.

image

Apa yang kami makan semalam adalah sup tulang, daging goreng kunyit, somtam, kailan ikan masin dan minum teh o limau suam serta barli suam. Harga keseluruhan yang dikenakan hanya RM22.00 sahaja untuk 2 orang makan. Dengan rasa yang sedap untuk semua makanan tersebut aku rasa berbaloi dengan harganya.

image

Sedapnya somtam tersebut rasa macam nak makan lagi jer hari ni. Makan somtam sahaja pun boleh.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *