Tak Habis Lagi Sarap Ker.

Pagi ini papa goreng nasi, malam tadi ada banyak nasi lebih. Macam dah lama tak masak nasi goreng kasih sayang ni jadi teringin pula. Buka peti sejuk tengok bahan asas semua ada maka siap juga sarapan pagi ini.

image

Nasi goreng kasih sayang.

Alhamdulillah boleh makan dan dah kenyang. Macam biasa Haq ler paling lambat habis makan sebab sibuk nak mainnya. Sepah sikit-sikit tu biasalah. Hari ni tak tau apa agenda lagi, mungkin duduk di rumah saja sebab mama Haq kena teruskan lagi berehat agar badan sihat kembali dan adik Haq dalam perut tu dapat membesar dengan sihatnya InsyaAllah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *