Teknik Melipat Baju Anak.

image

Pasangannya dikenalpasti.

Melipat baju anak pun perlu ada teknik yang betul dengan itu barulah kehidupan anda lebih ceria. Bayangkan kesilapan teknik melipat boleh memalukan anda dan isteri bila tersalah pakai pakaian anak sewaktu pergi jalan-jalan. Seluar warna lain baju warna lain. Kebiasaan baju anak lebih kurang saja warnanya itulah yang sering jadi penyebab kesilapan.

image

Satukan baju dan seluar.

Lipat dua seluar kemudian letak di atas baju.

image

Lipat baju.

Lipat kiri dan kanan baju, lipatan bawa ke tengah dengan memastikan pecahan lipatan adalah 3 bahagian.

image

Lipat dua pula untuk lipatan tadi. Maka siaplah untuk sepasang pakaian. Teruskan untuk pasangan yang lain, dengan ini anda tidak lagi perlu risau mencari baju dan seluar. Keadaan kelam kabut dapat dijauhkan dengan teknik ini yang hanya perlu capai pakaian dan sumbat dalam beg. Terjamin keceriaan hari anda bersama anak comel anda.

Sekian kelas melipat kain bersama Papa Haq.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *