Ayam Goreng Uncle Best.

Ini sambungan kisah buah kundang semalam, sempat beli ayam goreng juga untuk makan malam. Isteri tidak rasa nak makan nasi maka belilah ayam goreng saja. Ini kiranya cubaan rasa ayam goreng Uncle Best ni.

image

Bila tengok ayam goreng ni teringat pula kak Sumijelly yang selalu beli ayam goreng Uncle Bob kalau tidak silap, rasanya macam sama saja konsep perniagaan mereka. Isi ayam yang digoreng rangup kemudian digunting kecil sebelum ditabur serbuk perisa dan dibungkus dalam beg kertas.

image

image

Kami beli sekeping saja pada harga RM6 dan kami minta dia buat 2 bahagian dengan 1 pedas dan 1 lagi biasa. Yang pedas tu ok rasanya tapi yang biasa tu terlalu masin pula rasanya. Jatuh kepada tidak sihat pula untuk dimakan selalu, kena bilas tekak dengan air kosong yang banyak.

Suka tengok pelbagai jenama makanan peniaga melayu sekarang. Penyampaian mereka juga sudah kreatif tidak seperti dulu. Baguslah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

9 Responses

  1. Hairul Azni says:

    Tak pernah jumpa lagi ayam ni..belum sampai Kuantan lagi kot..atau saya yang tak perasan..

  2. titan says:

    pasar malam area rumah aku ada jual. memang aku selalu minta serbuk lada tu lebih. haha..

  3. Anarm says:

    Ayam jenis macam ni aku biasa beli yg Uncle Bob.. harga RM6 jugak.. Aku suka yang pedas.. Lepas beli terus makan.. Panas2 lagi sedap makan.. Kadang2 makan dalam kereta wife kat sebelah tolong suapkan..

  4. mus says:

    Aslmlkm…bro…boleh join franchise tak..nak bukak kat sarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *