Buku Merah Kedua.

Tengah hari semalam isteriku pergi buat buku merah kedua ini. Kali ini aku tidak dapat temankan sebab tengah kerja, dia faham mungkin. Bila balik rumah petang tu aku dengarlah cerita hasil daripada pemeriksaannya.

image

Buku Haq dan bakal adik Haq.

Seronok dengar bila isteriku bagitahu yang waktu scan baby bagi tindakbalas yang comel. Doktor kata baby dah besar saiznya. Kiraan awal jangka lahir 04.10.2013 tapi mengikut saiz baby kiraan memberi tarikh 19.09.2013. Wah baru lepas beberapa hari daripada tarikh ulangtahun kelahiranku. Kalau keluar 11.09 bolehlah sambut birthday sama-sama nanti tiap-tiap tahun.

Semoga perkembangan baby dan mamanya berjalan lancar dan sihat kedua-duanya, InsyaAllah. Mohon doa dari kalian semua mendoakan yang terbaik buat kami.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

9 Responses

  1. Mus says:

    semoga isteri bro sihat sepanjang kehamilan..

  2. Amin,
    Tahniah sebab nak dapat baby baru.

  3. Datin Tyka says:

    tahniah bro… semoga selamat segalanya ya.. syok la HAQ nanti

  4. yanmie says:

    Salam,

    Tahniah ejam dan nor, moga dipermudahkan semasa mengandung dan bersalin nanti buat nor 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.