Burger Bakar Pemanggang Ajaib.

Hari ni makan malam ringkas saja sebab sejak dua menjak ni isteriku tidak boleh makan nasi sangat untuk makan malam. Petang tadi keluar beli bahan makanan seperti daging burger, naget dan bahan-bahan untuk coslaw.

image

Ringkas buat alas perut.

Maaflah kalau tidak menarik, aku buat secepat yang boleh sebab Haq sedang membuat onar di dapur waktu itu. Dia sangat rajin membantu dan mengemas dapur.

Waktu makan suapkan dia sikit daging burger tu dan nampaknya dia makan sebab benda jarang rasa. Dia jenis cepat bosan untuk makanan sama, sekarang di rumah dia tidak makan nasi sangat harapkan makan di rumah pengasuh sahaja.

Jangan Haq jadi terlalu bergantung pada susu sahaja sudahlah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

8 Responses

  1. Hairul Azni says:

    Resepi burger pertama dari pemanggang ajaib ke?

    • Ejam Othman says:

      Pertama kali bakar burger dgn kuali tersebut.
      Lebih sihat rasanya sebab tak perlukan minyak sebaliknya minyak dari daging tu yg keluar.
      Suatu lg kaedah pemakanan sihat.

  2. Anarm says:

    Pemanggang ajaib pun boleh guna untuk masak burger.. Menarik! Esok nak cari daging burger. boleh masak guna pemanggang ajaib yg aku beli hari tu. Tak guna lagi..

    • Ejam Othman says:

      lg best bro, tak payah letak minyak, nanti boleh tgk minyak daging burger tu keluar bukan main punya banyak.
      dapatlah jaga kesihatan skit.
      minyak lebih yg keluar tu lap2 dgn tisu dah bersih pemanggang ajaib tu.

  3. titan says:

    pemangang jenis macam tu memang tak pakai minyak punya. hoho..

  4. akubiomed says:

    Wah menarik bakar daging burger dengan pemanggang ajaib. Boleh buat burger bakar. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *