Main Gelongsor di Taman Waktu Petang.

Petang semalam keluar pergi taman, tujuannya memang nak bawa Haq beriadah tengok orang ramai. Dia memang suka tengok budak-budak dan dengan otomatik dia akan jadi ramah nak tegur semua orang.

image

Haq nak sangat main gelongsor tapi waktu dia menuruni gelongsor tu dia akan buka tangannya dan pegang tepi, itu bahaya takut terkehel tangan tu nanti. Ajar dia gelongsor cara baring dengan tangan peluk tubuh tetap juga tidak jadi. Terpaksalah tegah dia main gelongsor demi keselamatan.

Disebabkan dia nak main juga maka bahagian bawah tersebut sahajalah dia cuba buat main. Dia panjat sikit pastu dia turun ke bawah. Jadilah yer anakku dapat juga rasa.

image

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. Anarm says:

    Terkehel tangan baru la LELAKI.. hehe..

    Apa2 pun memang wajib jaga keselamatan anak.. Tunggu Haq besar sikit lagi baru bleh bagi dia main gelongsor betul2.

  2. Kalau nak main juga, terpaksalah Ejam turun bergelongsor sekali.

  3. Datin Tyka says:

    budak budak rasa selamat kalau tangan nya berpegang sesuatu.. tapi mereka tak tahu dari keselamatan… apa susah, dengan dengan ejam la gelongsor. he he

    • ejam says:

      kan…tapi sebab papa dia saiz punggong lebar dr saiz gelongsor maka utk elakkan kemaluan baik tak yah cari pasal…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *