Makan Tengah Hari Berdua Dengan Haq.

Mamanya belum habis work lagi jadi kenalah keluar pergi beli bungkus makanan. Kedai pun dekat saja tapi naik kereta juga sebab kena bawa Haq dan cuaca sangat panas.

image

Bukan mudah suap dia makan.

Cabaran juga sebenarnya hendak suap Haq sekarang, jenis tak tahu duduk diam. Mengacau pinggan makan itu biasalah dah jadi kegemaran dia. Kena kejar ke mana juga demi sesuap nasi. Syukurlah hari ni dia makan banyak sampai dengar dia sendawa.

Bila dah sendawa tandanya harus berhenti segera sebelum muntah…oh tidak tak sanggup nak kerjakan dia punya muntah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *