Seminar Buat Duit Dengan Blog.

Sekali lagi Denaihati Network muncul dengan sesuatu yang menarik di tahun 2013 ini. Diperkenalkan Seminar Buat Duit Dengan Blog (SBDDB) yang akan dianjurkan pada 19 Mei 2013 (Ahad) bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya bermula dari jam 8 pagi sehingga 1.30 petang.

seminar-buat-duit-dengan-blog

Segeralah mendaftar kerana tempat yang ditawarkan terhad kepada 300 orang sahaja dengan pendaftaran awal sebelum 05 Mei 2013 layak mendapat bayaran seminar pada harga RM50 seorang. Selepas daripada tarikh itu sehingga tarikh tutup pendaftaran bayaran seminar akan dinaikkan kepada RM100 seorang. Rebutlah peluang ini segera.

 

Peserta seminar yang hadir berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik melalui cabutan bertuah daripada penaja. Jangan lupa seminar ini juga membolehkan anda membuat network dengan blogger blogger yang hadir, siap sediakan kad nama untuk ditukar sesama kita.

Selamat menyertai seminar ini, banyak ilmu yang boleh diperolehi nanti. Saya akan cuba sertai juga nanti jika tiada sebarang halangan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

8 Responses

  1. Mus says:

    untunglah bagi yang dekat sana.. kami jauh di seberang laut china selatan ni..

  2. Hairul Azni says:

    Memang bagus aktiviti majlis ilmu macam ni..

  3. titan says:

    mesti ramai yang nak pergi nih..

  4. wazy says:

    Seminar yang dinanti-nantikan ni,boleh dapat banyak ilmu tentang buat duit dengan blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.