Soalan Yang Pernah Ditanya Ketika Temuduga.

Teringat pula sesi temuduga untuk jawatan sekarang yang aku hadapi awal tahun lepas. Penemuduga tanya tentang piramid makanan yang betul. Apa yang aku dan calon lain jawab semuanya kurang tepat.

image

Walaupun kurang tepat tapi syukur aku dapat juga jawatan ini. Apa yang mereka hendakkan ialah jawapan bukannya jawab tak tahu. Salah betul belakang cerita. Waktu itu ada seorang calon yang jawab main-main dengan duduk bersandar tidak bertulang belakang, rasa nak jer halau dia keluar sebab dia dah merugikan peluang orang lain.

Jawapan dia awal-awal lagi dah bagitau tak minat sains tapi apahal datang juga temuduga. Oh ya dia adalah calon perempuan remaja lepasan SPM ketika itu. Tidak sangka ada jumpa perempuan begitu, biasanya lelaki ramailah camtu. Rasanya dia tak dapat penempatan dan tawaran sebab tiada muka dia ketika sesi lapor diri berpusat.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. MK Kimi says:

    Piramid mknn…huhu…

    sgtlah tak ikut. no wonder perut makin kedepan :p

  2. aman says:

    salam bang nak tanya…lepas interview tu berape lama tempoh masa utk dia bagi jawapan sama adaditerima atau tak?..then dia bagitahu tu macam mana?..surat sampai rumah jugak ke?

    • Ejam Othman says:

      salam,
      macam kes saya hari tu tak sampai 3 bulan dah dapat jawapan temuduga.
      mereka maklumkan melalui laman web MOE tentang keputusan yang dah keluar, kita cek online sahaja.
      lepas daripada itu barulah surat rasmi dihantar kepada kita.
      dapat surat belum dapat tahu lokasi penempatan, kena hadiri sesi taklimat beberapa hari dan hari terakhir baru dapat surat penempatannya.
      mereka bagi surprise…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.