Tutti Frutti Kini di Temerloh

Petang semalam sempat juga singgah merasa froyo di Tutti Frutti yang baru dibuka di Temerloh. Sehingga Ahad ini 24.03.2013 potongan 20% diberikan kepada setiap pembelian.

image

Bersebelahan KFC 24jam Temerloh.

Lokasi Tutti Frutti ini betul-betul di bangunan sebelah KFC 24jam tu. Lokasi ini kurang sibuk lagi jadi sesuai untuk lepak dengan kawan sambil menikmati froyo.

image

image

Susunatur dalamannya sangat ringkas tapi menarik. Tidak pasti ada wifi free atau tidak, tapi rasanya macam tiada.

image

1 mangkuk kongsi berdua.

Itu sahaja yang kami ambil tadi, itupun lepas tolak diskaun 20% seperti yang dijanjikan kena bayar RM10.90 juga. Walaupun katanya RM0.53 untuk setiap 10gram pasti akan kena mahal juga.

image

Nak raa yer Haq.

image

Comotnya makan.

Haq makan bukan main lagi comotnya. Dah taknak orang suapkan, pandai dia jer nak suap sendiri.

P/s: Aku sokong ler orang Melayu punya bisnes, agak-agaklah nak komen fb orang lain siap ber-tag member bagai.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

12 Responses

  1. eyriqazz says:

    Suka juga singgah sini..tapi sebulan sekali je la kot…Mahal sangat…

  2. Anarm says:

    Aku tak pernah makan Tutti Frutti.. Tengok member2 makan pernah la.. Bila aku tanya berapa harga makan benda tu, dia jawab harga standard RM10 ke atas. Sebab tu aku tak makan. Semangkuk sikit camtu je pun harga sampai puluh2.. Baik aku beli makanan lain..

  3. Puan Bardboo says:

    Tak pernah lagi mkn setakat no. Memang teringin bak cuba, tapi belum sempat lagi. Huhu

  4. Hairul Azni says:

    Tak pernah makan..baru tahu benda ni mahal..

  5. titan says:

    hoho..ada kat banting dah..tapi aku jarang beli. adik aku selalu belii. aku paw ajelah..haha

  6. Asiah says:

    Sedap la jugak, cair dalam mulut. Leh pilih nak masam/manis…;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *