Colmar Tropicale Bukit Tinggi Terasa Seperti di Eropah.

Sabtu lepas punya cerita lagi ni, lepas ke Japanese Village dan Animal Park sesi berjalan-jalan ke Colmar Tropicale pula kali ini. Tempat ini cantik sebab bangunannya bercirikan Eropah. Walaupun tidak dapat pergi ke Eropah tapi bergambar di sini pun rasa seperti di sana dah.

image

Panorama Colmar Tropicale.

image

Budak yang seronok berjalan-jalan.

Haq ternyata seronok sekali dapat pergi ke tempat ini seperti tempat itu dia yang punya. Berjalan ke sana ke mari tengok orang ramai dan budak-budak sebaya dengannya yang ramai, habis semua yang lalu depan dia nak ditegurnya.

image

Berjalan ke sana ke mari dengan riangnya.

image

Catwalk menuju ke papa bila nak ambil gambar.

Hari tu setiap kali hendak ambil gambar Haq suruh dia pandang kamera telefon bimbit mesti dia akan berjalan menuju ke kamera. Apa dia ingat ini sesi bergambar model berjalan catwalk ker apa…hehe. Benda baru nampaknya dalam senarai perangai Haq. Bila sampai saja depan kamera dia akan duduk mencangkung sama macam papa dia yang tengah ambil gambar ni, alahai anak kalakar betul perangai budak ni.

image

Senyum papa nak ambil gambar ni.

image

Bergambar atas jambatan masuk sebelum balik.

Dalam perjalanan balik dia lena sampai ke rumah, penat agaknya berjalan-jalan. Perancangan mengejut ke Bukit Tinggi ini berjaya dilaksanakan, selepas ini nak bawa Haq tengok gajah pula di Lanchang. Semoga perancangan itu akan terlaksana, bila harinya tidak pasti lagi mungkin akan pergi mengejut seperti ini juga.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

8 Responses

  1. suri says:

    wah hebat sampau Eroph ni hee..bila lagi nak berjalan time ne best bawa anak2 heee

  2. suri says:

    anak bila dapat kaki melangkah jauhlah dia ya

  3. Dapat berangan seperti di Eropahpun jadi la kan bro.

  4. cantik bukit tinggi ni..jauh tak dari KL?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.