Ada Kedai Desa Pula.

image

Lokasi terceruk tersorok

Petang semalam balik dari kerja ada meronda di pekan Mentakab kebetulan terjumpa deretan bangunan ini. Aku perhatikan rasanya memang tiada bangunan di situ sebelum ini. Bila tengok pada atas bangunan itu terpapar Kedai Desa dengan logo KD. Timbul tanda tanya apakah motif dan tujuannya dibina? Apakah target kumpulan sasaran? Adakah pelaksanaan jangka panjang atau bermusim?

image

Bersebelahan tapak bangunan Kedai Desa tersebut ada banner dari MPT notis tentang ruang niaga dibuka untuk sewaan tapi hanya tingkat atas sahaja. Walaupun notis lama tapi permis masih lagi tidak beroperasi, belum ada penyewa mungkin.

Bila dah nampak kehadiran projek ini rasa nak tahu juga apa kesudahannya. Siapalah dan apakah yang akan ditawarkan di Kedai Desa tersebut, sama-samalah dinantikan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. zool says:

    harap2 tak menjadi gajah putih..

  2. Heh, peluang nie… Tapi takut letak requiremnt macam2… -_-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *