Besar Betul Mydin USJ.

image

Pertama kali malam tadi pergi ke Mydin USJ diberi tunjuk arah oleh adik aku. Memang besar betul berbanding yang di Melaka punya. Tujuan ke sana untuk belikan Haq baju berenang supaya senang kalau ada rancangan mandi manda.

image

Susunan bahagian pakaian kanak-kanak sangat selesa dan lantai menggunakan kemasan kayu dan selamat bagi kanak-kanak sekiranya berlari-lari dan terjatuh. Alangkah bagusnya jika Super Market yang lain mengambilkira ciri-ciri keselamatan ini.

image

Lantai kemasan kayu.

image

Haq dan Afdal.

Seronok budak berdua tu dapat berjalan tapi asyik berkelahi saja, orang cakap memang macam itu perangai budak lahir sama bulan dan tahun ni. Gurau-gurau manja jer pun dan masih dalam kawalan lagi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.