Giliran Paip Ini Pula Bocor.

Sebelum ini aku dihantui dengan paip bawah tanah rumah sewa yang pecah lepas dapat bil bulanan yang tinggi dan syukur masalah tersebut diatasi oleh tuan rumah dengan segera. Kini giliran paip makmal tempat aku kerja pula alami bencana.

image

Sah bocor.

Kontraktor dah datang dan pecahkan dinding laluan paip tersebut dan memang ada pecah. Agak deras juga air yang keluar, patutlah kembang semacam dinding di dalam surau lelaki sebelah makmal ini.

image

Kerja-kerja pembaikan hanya boleh dilakukan apabila pelajar dan guru telah balik iaitu sekitar jam 3 petang. Kesilapan pemasangan paip sebelum ini ialah tiada stopper untuk kunci air masuk. Maka kenalah tutup bekalan utama air.

Dah dicadangkan pada kontraktor agar pasang 1 stopper untuk kegunaan kecemasan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. titan says:

    sekolah mana ni??

  2. Salah satu kelemahan tanam paip dalam dinding ni apabila bocor memang susah sikit nak kesan dan juga kos tinggi. Terpaksa nak tebuk balik. tapi nak cantik kena la buat macam tu kan.

    • Ejam Othman says:

      tuler, dari segi nilai estetik tu penting juga sebab tak cantik kalau berselirat diluar dinding atau lantai..
      tapi praktisnya memang elok tanam dalam sebab tempoh hayat nak pecah lebih lambat berbanding nampak dipermukaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *