Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati.

Baru perasan ada imbuhan yang boleh dimenangi oleh peserta Seminar Buat Duit dengan Blog 2013 Anjuran Denaihati Network yang telah aku hadirkan diri pada 19 Mei 2013 yang lepas di Hotel Singgahsana

UPDATE: Bantu aku untuk menang sesuatu dalam pertandingan ini, apa yang perlu anda buat ialah Undi Entri ini di SINI dan kemudian Klik Butang G+ (G Plus) di dalam entri ini. Terima kasih kerana sudi membantu.


Ingin aku kongsikan beberapa Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati yang telah aku dapat daripada ahli-ahli panel yang memberi perkongsian ilmu pada hari kejadian. Antaranya adalah:-

1) Rayyan Haries Si Traveler Comel:- Sekiranya berminat dengan pengembaraan dan pelancongan jangan kedekut untuk mengeluarkan duit sendiri demi kepuasan hati. Rayyan Haries ada juga berkongsikan bahawa beliau mengeluarkan tabungan sendiri dalam memulakan langkah awal melakukan apa yang dia telah kecapi sekarang. Suatu tindakan yang berani demi mengejar kepuasan hati dan akhirnya kini kejayaan yang dia kecapi. Beranilah berubah.

Pada hari tersebut Rayyan Haries telah bagi aku sebuah majalah pelancongan iaitu Gaya Travel sebagai cenderahati, terima kasih sekali lagi.

aku-di-seminar-buat-duit-dengan-blog

Bukti aku berada di seminar tersebut.

2) Nisakay:- Dia mula dilamar oleh pelbagai agensi pengiklanan adalah melalui blog, apa yang dia sampaikan di blognya ialah minat dan kecintaannya pada fesyen dan bergambar. Dari situlah bakatnya dicongkel dan memberikan sumber pendapatan buatnya. Lakukan apa yang anda minat dan fokus, selebihnya pasti akan menyusul kemudian. Nisa ada juga menyatakan bahawa popularitinya meningkat naik apabila kerap menganjurkan giveaway di blognya. Anda nampak bagaimana beliau mengambil peluang dalam memberi ruang itu.

3) Tekong wakil Amanz.my:- Blog informasi berkaitan teknologi berbahasa melayu di Malaysia, siapa tidak kenalkan. Perkongsian beliau adalah pada tahap telah dikenali ramai namun begitu anda boleh ambil sebagai tindakan awal untuk memastikan blog anda mampu memberikan pulangan lumayan. Sediakan maklumat lengkap berkaitan statistik blog anda. Antara maklumat tersebut ialah julat umur pengunjung, waktu puncak blog anda menerima jumlah pelawat, ruangan pengiklanan yang spesifik lokasinya, dan kemaskini maklumat statistik beberapa kali dalam setahun.

Disebabkan pada peringkat awal jenama Amanz.my hadir memang tiada sebarang iklan diletakkan di blog tersebut namun kini pelbagai pengiklan mencari mereka untuk bekerjasama. Dengan ini semua ahli di bawah jenama Amanz.my mampu meneruskan kehidupan mereka hasil daripada pendapatan pengiklanan. Semoga blog Amanz.my mampu meneruskan usaha mereka dalam memandaikan anak bangsa dengan maklumat teknologi.

4) En.Titan:- Ini adalah insan berprofil rendah tapi sangat berjaya dalam dunia blog, bayangkan perkongsian beliau memaklumkan bahawa selepas 10 tahun terjebak dengan blog barulah dia dikenali dan diberikan peluang naik pentas berkongsi pengalaman. Pendekatannya dalam membuat duit di blog adalah terjebak dengan Affiliate. Pelbagai jenis hasil jualan dari affiliate telah dirasainya dengan syarat sertailah affiliate yang boleh dipercayai.

Kriteria memilih affiliate mengikut kata En.Titan ialah baca dan selidiki profil insan yang menjual produk tersebut adakah dia boleh dipercayai dalam memberikan khidmat dan juga dalam membayar komisyen affiliate yang bakal kita perolehi dari setiap pembelian. Rugi bila sudah penat buat kerja tapi bayaran tidak diterima.

————————————————————————-

Di dalam Seminar Buat Duit dengan Blog 2013 Anjuran Denaihati Network aku telah terlibat sebagai penaja Karipap Mini untuk peserta yang hadir, walaupun nampak nilainya kecil tapi aku bersyukur kerana usaha aku dalam memperkenalkan jenama tersebut membawa pulangan.

Terima kasih kepada pemilik gambar di atas iaitu saudara AzmanIshak yang telah menghasilkan album foto khas untuk seminar ini, siapa nak cetak album tersebut bolehlah downdload di laman web beliau secara PERCUMA.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

40 Responses

  1. Azman Ishak says:

    Terima kasih ejam sebab link kat atas. next event… aku dah terpikir something. hehehe..

  2. wandisini says:

    nak download album tu tapi brkband slow. dah limit quotanya..

  3. titan says:

    dimana dia..karipap mini saya…haha

  4. hafizmd says:

    terbaik bro! moga makin sukses lepas ni..

    eh, kalau ada yg nak beli karipap pakai paypal…boleh ke? hehe

  5. Terbaik bro… 😉 Nak jugak buat entri tapi x pegi – apa macam boleh buat… Nanti ada event kene tompang bro la pegi 🙂

  6. eyriqazz says:

    Karipap mini tu memang sedap..cuma komen isteri, kalau kulitnya lebih rangup, tentu lebih sedap….

  7. AkmaOmar says:

    Apa apapun, karipap mini tu mmg sedap… 🙂

  8. kakiblog says:

    semoga berjaya bro dan memanfaatkan ilmu sebaik-baiknya..

  9. PerenLee says:

    Next time saya akan berusaha utk ikut..

  10. Menarik dan semuanya memang menarik, karipap mini tak abes lagi makan huhu

  11. Hairul Azni says:

    Karipap mini tu memang sedap..buat bekal kudapan saya drive balik Kuantan..thanks bro..

  12. Alin Marlini says:

    goodluck…mari sama2 vote

  13. Izzat Eshak says:

    Wah, ini rupanya owner karipap mini.
    Semoga bisnes bro bertambah maju dan dimurahkan rezeki.

  14. wazy says:

    teringin juga nak merasa karipap mini tu,hehehe kalau ada promosi roger saya kat email ek bro…selamat berjaya 😉

  15. Good luck… anyway rasanya kalau setiap kali seminar bro jadi penaja utama confirm dapat branding kaw kaw dari DH nanti

  16. Denaihati says:

    Bilion terima kasih bro kerana menyertai kontes khas Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati dan semoga berjaya.

    Sentiasalah melawat Denaihati yer untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.

  17. good luck bro..dapat sedikit sebanyak maklumat disini..

  18. ciklaili.com says:

    dah click G+ dah support semua blogger yang join contest ni.

    http://www.ciklaili.com/2013/05/tips-buat-duit-dengan-blog.html

  19. ProfHariz says:

    Persaingan makin sengit dan berbaki 2 minggu sahaja lagi.

  20. suriaamanda says:

    seronok baca smeua pengalaman masing2..teringin nak join tp masih belum berkesempatan…salam kenal…i follow..

  21. Rugi saya tak dapat join seminar ni. Memang menarik tips yang dikongsikan. 😀

    -Saya nak jemput tuan rumah join contest saya. Ada 5 hadiah bernilai RM390 setiap satu. Jom. 🙂

  22. zuan says:

    laaa lu ke sponser karipap mini tu? terima kasih banyak2.. sangat sangat sangat ohsem!!! 🙂

    hope lu menang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *