Wajah Baru Sempena Jun.

Sticky Post di bahagian atas.

Sticky Post di bahagian atas.

Sabtu ini akan mula menjengah bulan Jun pula untuk tahun 2013, begitu cepat rasanya masa berjalan. Masa yang berjalan tidak menunggu kita jadi kejarlah dengan sesuatu yang berfaedah agar tahun 2013 dapat diisi dengan sesuatu kejayaan yang menggembirakan. Sempena bulan Jun aku bertindak menukar theme blog ini kepada versi adik-beradik theme yang sebelum ini.

Apa yang menarik pada theme ini ialah sticky post akan diletakkan pada bahagian atas dan lebih menyerlah berbanding entri semasa yang dikemaskini. Memandangkan pertandingan Tips Buat Duit Dengan Blog Dari Seminar Denaihati sedang berlangsung maka entri tersebut dijadikan sticky post agar pelaksanaan untuk meraih G+ (G Plus) akan lebih berkesan lagi.

Barisan entri kemaskini semasa.

Barisan entri kemaskini semasa.

Diharapkan tiadalah masalah pelawat terlepas baca entri terbaru, sila skrol ke bawah ya untuk mengetahui dan membaca entri semasa. Sudah baca jangan lupa komen pula sebagai penyumbang semangat buat aku agar lebih rajin menulis dan update blog ini.

Iklan, komen terkini dan arkib ditempatkan di bawah.

Iklan, komen terkini dan arkib ditempatkan di bawah.

Untuk mengelakkan sidebar berserabut maka aku pindahkan beberapa perkara ke bahagian bawah seperti komen terkini, arkib dan iklan. Susunan ini juga boleh mengurangkan bebanan ketika blog di load untuk tetapan pelawat dan ianya dapat menawan hati mereka untuk menunggu sekejap sementara blog sedia untuk dikomen.

Diharapkan perancangan aku pada blog sempena Jun yang bakal datang ini akan merancakkan lagi mood aku untuk terus aktif dalam menulis blog.

Selamat Datang Jun 2013.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

15 Responses

  1. hafizrahim says:

    Cantik dan kemas..theme apa ni bro?

  2. suri says:

    boleh sahaja kami apa2 hal akan jejak entri alma balik klu lupa pesan admin ni heee..karipap satu

  3. titan says:

    peh. ubah segalanya. hoho..

  4. topo says:

    aku suka muka depan dia.. kemas!

  5. fyna says:

    waaaaa… fyna pun takde mood nak berblogging. acaner nih?

  6. Juan says:

    nampak fresh dan kemas

  7. Joe says:

    Nice… Nampak baru.. Diharapkan wajah nie dapat menarik pelawat baru.

  8. Yeah, kome tak reti nak ngedit template sangat… Anyway, kemah boh!

  9. Mus says:

    lagi cun theme sekaang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.