Ahmad Faizal Tidak Pernah Mengaku Kalah.

Sifu Ahmad Faizal.

Sifu Ahmad Faizal. Kredit gambar AzmanIshak.com

Tajuk memang saja cari pasal jer ni. Siapa Ahmad Faizal ini? Bagus sangatkah dia sampaikan dah kalah pun tidak mahu mengaku. Tidaklah bagus mana pun mamat tu tapi dia hebat dalam arenanya sendiri, itu sebablah dia dilabelkan sebagai “SIFU” dalam Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati yang telah diadakan pada 19 Mei 2013 yang lepas.

Aku sempat buat “ujian” ringkas ketika bersembang dengan dia di facebook semalam. Pasti dia tidak menyangka akan agenda aku yang tersembunyi itu, ingat aku saja-saja nak sembang dengan dia ker. Cuba baca “rakaman” perbualan di bawah sebagai bahan bukti kes.

ahmad-faizal-chat-fb

ahmad-faizal-chat-fb-1

Tengok akhir perbualan kami nampak semangat nak menang juga jenis tak mengaku kalahkan mamat bernama Ahmad Faizal ni, layankan jer putera lilin tu…haha. Bahan bukti di atas kalau bawa masuk mahkamah memang awal-awal dah kena rejek dengan hakim sebab tiada bukti pertalian nama langsung Ahmad Faizal dengan Encik Titan tapi apalah yang hakim tu tahu tentang dia kan. Ini ciri-ciri yang aku tahu tentang dia, lihat senarai di bawah:-

  1. Ahmad Faizal ialah Putera Lilin -noktah-.
  2. Dia pemilik blog Ahmadfaizal.com, Earncent.com, OhCikgu.com dan beberapa puluh lagi blog buat duit dengan Affiliate yang terpaksa dirahsiakan demi mengelak daripada dikejar LHDN dan KDN.
  3. Selebihnya nak tahu lagi pasal Cikgu yang masih bujang ini bolehlah ke blog beliau, kenali hati budinya lepas itu bolehlah hantar rombongan meminangnya.

Entri ini sengaja dihasilkan dalam nada cari pasal sebab teknik ini telah dikongsikan oleh saudara Ahmad Faizal sendiri di dalam #SBDdB2013 yang lepas. Tujuan entri ini juga adalah untuk menyertai Contest Review Tak Terkalah anjuran Ahmad Faizal di blognya.

Sekian, terima kasih.

Contest Review Tak Terkalah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com dan ditaja bersama oleh SaraSyukri Tahir,RahsiaDuitFreeIlaZainalBlackrosehunter, dan Nuristimewa

Tak Terkalah.

Tak Terkalah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

16 Responses

  1. titan says:

    putera lilin pun, gua masih gagah perkasa. haha..

  2. Anuar says:

    Good Luck Bro… ENtri dah menarik tu.. Ada harapan nak menang ni… 😉

  3. Datin Tyka says:

    cikgu titan memang sempoi

  4. Cerita dalam selimut pun kantoi… Hahahahaha -_-

  5. Hahah!

    Kantoi sudah … komen semuanya terbongkar.

    Ooo, begini encik Titan ya.

    Patut la kuat makan Cendol. 🙂

  6. haha… agak menarik.

    selamat berjaya ya 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *