iMoney.MY Bantu Anda Membandingkan Kad Kredit.

Kad kredit adalah kad plastik. Betul dah tu memang hanya kad plastik tapi kalau salah pengurusannya boleh mendatangkan musibah kepada hidup anda. Sebelum mendapatkan kad kredit lagi seharusnya kita kaji dulu keperluan dan penggunaan kad kredit tersebut dalam aktiviti seharian kita. Ini aku kongsikan perbelanjaan aku dan apakah kad kredit yang sesuai dengan aku dengan bantuan iMoney.my

Faktor pemilihan aku adalah seperti berikut;

  • Kegunaan hanya untuk mengisi petrol kenderaan (lebih) dan belanja runcit (kurang).
  • Pilihan petrol Shell (lebih) dan Petronas (kurang).
  • Pembayaran bil utiliti (kurang)

3 sebab sahaja untuk kegunaan kad kredit tersebut yang mana lebih menunjukkan penggunaan terbanyak dan kurang pula menunjukkan kadar penggunaan kadang-kadang dan hampir tiada. Oleh itu aku kecilkan skop pemilihan hanya kepada yang melibatkan PETROL sahaja. Bandingkan kad kredit mengikut Pendapatan Bulanan Minimum iaitu RM2000.00 dan pilihan yang diberikan oleh iMoney.my ialah kad kredit Public Bank Kad Kredit PB-Esso Mobil Visa EmasCitibank Kad Kredit Shell Visa Emas dan Affin Bank Kad Kredit BHPetrol Touch & Fuel MasterCard with PayPass

Kad Kredit Public Bank

Kad Kredit Public Bank

Kad Kredit Citibank.

Kad Kredit Citibank.

Kad Kredit Affin Bank.

Kad Kredit Affin Bank.

Hasil daripada maklumat yang aku perolehi di laman web tersebut kad kredit yang sesuai dan terbaik untuk perbelanjaan bulanan aku ialah Public Bank Kad Kredit PB-Esso Mobil Visa Emas kerana:-

  • Sekiranya tukar petrol kepada Esso & Mobil untuk dapatkan rebat 3% masih lagi ok berbanding kena belanja di antara RM1,000 – RM2,499 hanya semata-mata untuk dapatkan rebat 6% bagi kad kredit Citibank dan rebat 0.8% bagi pembelanjaan lebih daripada RM1,500 untuk kad kredit Affin Bank.
  • Rebat maksimum untuk petrol adalah RM50 sebulan berbanding kad kredit Citibank rebat maksimum hanya RM30 sebulan.

Cukup bagus perbandingan yang ditunjukkan dan dapat membuka mata aku dalam membuat pilihan yang tepat dengan perbelanjaan aku. Selepas merasakan pilihan itu tepat boleh terus tekan “Pohon” untuk proses selanjutnya.

Isi borang permohonan untuk dihubungi wakil bank.

Isi borang permohonan untuk dihubungi wakil bank.

Selepas menghantar borang anda hanya perlu tunggu wakil bank hubungi anda untuk proses selanjutnya. Sangat mudah untuk memohon kad kredit setelah anda pertimbangkan sebaik-baiknya kegunaan dan kelayakan anda sendiri.

Tunggu wakil bank telefon anda.

Tunggu wakil bank telefon anda.

Sekiranya anda ada persoalan berkaitan kewangan bolehlah merujuk laman web iMoney.my ini untuk menambah ilmu pengurusan kewangan anda agar perbelanjaan bulanan dan tahunan akan lebih bijak disalurkan kepada yang sepatutnya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

7 Responses

  1. lin azlina says:

    thanks….info yg sgt bagus… baru tahu leh buat prbnaidngan camni

  2. fyna says:

    terima kasih. fyna baru tahu pasal ini.

  3. titan says:

    aku cuma ada satu aje yang masih simpan. Untuk kecemasan aje guna.

  4. menarikkk nie bagus jugak nie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *