Siapa Yang Akan Tidur Dulu.

image

Nasib baik tak lelap sama.

Aktiviti merehatkan anak seketika dengan cara menidurkan mereka adalah aktiviti yang berisiko untuk sama-sama turut serta ke alam mimpi. Haq lebih mudah tidur kalau digosok-gosok belakangnya sambil dialunkan selawat ke atas Nabi. Dengan suara papanya yang ke laut ini tempoh untuk tertidur akan jadi cepat sekali (aku sedar diri suara tak sedap).

Kalau Haq pun tak boleh tahan dengan suara aku apatah lagi diri ini. Bayangkan sebelum dia lelap biasanya aku yang akan rasa nak lelap dulu. Betapa hebatnya keistimewaan yang Allah berikan ini kerana berguna pada orang lain dan diri sendiri.

Memandangkan ada entri ini dapat dijadikan bukti aku berjaya kawal diri dari turut serta tidur bersama Haq…hehe.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. Ingatkan bapaknye lelap dulu -_-

  2. Anuar says:

    Semoga terus menjadi ayah Mithali.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *