Baju Raya Pun Beli Di Zalora.

image

4 helai sahaja.

Musim membeli belah untuk persediaan raya telah bermula. Ahad lepas aku hanya beli 2 helai seluar dan sehelai tshirt di SOGO. Semalam aku rasa kena tambah beberapa helai tshirt lagi maka aku tengok-tengok Zalora Malaysia dan terbekenan juga beberapa helai. Selepas tengok saiz, warna dan corak yang ada maka terbelilah 4 helai baju yang murah-murah jer.

image

Merah dan kelabu.

image

Hitam dan putih.

Sekali lagi pembelian aku Zalora uruskan dengan baik sekali. Beli semalam hari ini sampai ke tangan. Sekiranya ada sesiapa nak berjimat bila membeli di Zalora boleh gunakan kupon ZBAP4IZ dan dapat diskaun 15%. Oh ya ianya hanya layak dipakai oleh pelanggan BARU Zalora.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

28 Responses

  1. wah … senangkan beli belah di zalora.com.. servis cepat. mersa pelanggan.. dapt diskaun lagi.. hum.. mood beraya dah sampai le ni…

  2. Anuar says:

    Bro ni memang betul-betul kaki Shopping Online… Beli baju raya pun deekat Zalora… Terbaik…

  3. Hairul Azni says:

    Boleh guna kupon untuk diskaun 15% ye..terbaik ni..saya belum pernah membeli belah di Zalora..

    • Ejam Othman says:

      cubalah beli sesuatu yg murah dulu, bleh tengok bagaimana prestasi mereka..kalau ada masalah jgn segan2 tulis saja di blog biar mereka tahu kuasa blogger…hehe

  4. suri says:

    kacak2 ada bau kedai sampai di sini heee

  5. Azie says:

    Baju ayah Haq je ker dibelinya, Baju Raya Haq mana?

  6. suriaamanda says:

    memang follow zalora…cantik2 bajunya..tp tu la..belum mencuba lagi…

  7. titan says:

    gila rajin hang beli online dengan zalora nih..hoho

  8. zool says:

    tahun ni tak tahu nak beli ke tak baju raya

  9. Anarm says:

    Untunglaa dah beli baju raya.. Beli kat Zalora lagi.. Memang kaki online shopping.. Hehe..

    • Ejam Othman says:

      semoga aku tidak menjadi gian…amin…hehe

      • Anarm says:

        InsyaAllah tak gian kalau pandai bezakan keperluan atau kemahuan. Biasa orang yg dahulukan kemahuan tu kesannya teruk. Jadi, shopping benda2 yg diperlukan je. Jangan ikutkan sangat kemahuan.

        Baju raya ni keperluan. Hari raya kan sunat perlu pakai baju baru yg cantik2.. Hee..

  10. puanbee says:

    peminat zalora ni ,

    nak beli baju utk huby tp kan takut tk muat … saiz besar ..ejam kocik ok lee ..

    • Ejam Othman says:

      paling besar dlm zalora pun XL, tu pun bagi ejam rasanya saiz L utk kebiasaan.
      memang tak sesuai utk bee belikan hubby tu.
      rasanya macam takde kedai pakai lelaki yang khususkan dan menyediakan pilihan saiz yg pelbagai…ini suatu keperluan dlm permintaan..jom buat bisnes jual pakaian lelaki plak 🙂

  11. puanbee says:

    jom2 haha kenapa kan , bee tgk zalora tu , kasut budak sikit je pilihan dia , lepas tu saiz tk letak betul2 mcm tk kasi org beli je ..

    pakaian lelaki kurang , seluar kecik lelaki kurang , yg banyak produk berkenaa wanita je ..

    adeiii … hubby jenis tak beli sendiri , jd bini tensen nak beli utk dia sbb kurang pilihan hahahah

  12. puanbee says:

    beli jugak , kasut .. minyak wangi hahah … baju2 tk berani nak beli …

  13. murah ke di zalora ni bro?kualiti?

  14. topo says:

    aku dari hari tu dok perati baju yang ada stripe tu tak beli2 lagi sampai sekarang.. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *