Berbaloi Beli Samsung Galaxy Mega 6.3 di SuperBuy.My

Bungkusan yang diterima dari SuperBuy.my

Bungkusan yang diterima dari SuperBuy.my

Pada hari Rabu yang lepas bungkusan dari SuperBuy yang aku beli telah tiba dengan selamatnya. Barang ini dinantikan penuh sabar lagi disabarkan. Pihak SuperBuy siap asingkan lagi buat 2 bungkusan berbeza sedangkan ianya adalah barang yang sama, mungkin sebab ingin menjaga keselamatan barang yang dihantar daripada rosak ketika penghantaran. Aku beli Samsung Galaxy Mega 6.3 untuk menggantikan telefon aku yang telah rosak dan juga menggantikan telefon isteriku yang sudah mula bermasalah. Harga yang dijual oleh pihak SuperBuy lebih murah daripada harga cadangan untuk pasaran telefon.

Putih dan hitam.

Putih dan hitam.

Pada petang tersebut juga kami pergi kedai telefon untuk potong simkad kepada saiz micro barulah boleh pakai telefon tersebut. Isteriku menggunakan simkad utamanya manakala aku hanya potong simkad broadband sahaja dan simkad nombor utama aku masih kekal dalam telefon nokia.

Setakat hari ini kami puashati dengan apa yang disediakan dalam Samsung Galaxy Mega 6.3 dan berbaloi pada harga yang dibayar. Bagi isteriku telefon ini mungkin besar baginya tapi sebenarnya ia amat memudahkan dia menguruskan pesanan daripada pelanggan Shaklee setiap hari.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang spesifikasiĀ Samsung Galaxy Mega 6.3 ini bolehlah baca di Amanz.my yang menyediakan maklumat dalam bahasa melayu dan mudah difahami.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

21 Responses

  1. Anarm says:

    Waaahh.. Untung laa dapat pakai Galaxy Mega.. Best.. Best.. Suupperrr!!

  2. Anuar says:

    Wah bestnya.. bro dan isteri dapat pakai Handphone baru…

  3. Hafizul says:

    Emm dah lama mengidam nak pakai gadget hebat ni..hehe

  4. titan says:

    pehh..beli online lagi tuuu..

  5. Norfanil says:

    first time dengar samsung mega..

  6. fazrol says:

    Pergh!
    Mega.. lepas nie buat review plak… best ke x?

  7. Mus says:

    puaslah menengok screennya bro..

  8. Ain says:

    Sy pun, suka yg skrin besar.. senang nk surf dan menaip.. tp blum brani nk beli online..

  9. nyna says:

    Ori set ke beli kat superbuy ?

  10. haneff says:

    Pkai hp ni ada hang ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.