Bersahur Di Dalam Kegelapan.

image

Nasib baik ada lilin nan sebatang.

Pagi ini bersahurlah kami dalam kegelapan apabila nikmat merasai bekalan elektrik ditarik. Rasanya lebih awal daripada jam 3 pagi lagi bekalan elektrik telah terputus. Aku ada call TNB Careline 15454 bertanyakan situasi ini dan mereka maklumkan ada masalah pencawang di Temerloh. Pada waktu ini proses baikpulih sedang dilakukan oleh pihak mereka.

Berpeluh dan jadi mangsa nyamuklah kami pagi ini. Haq berjaga awal pula, dalam gelap pun dia boleh berjalan macam biasa. Aku risau dia terlanggar perabot jer nanti tak pasal-pasal menangis bukan main lagi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. Anuar says:

    Ini semua dugaan Bro.. Harap bersabar… Mungkin dugaan untuk menguji keimanan kita…

  2. Mus says:

    candle light sahur lah ni bro

  3. fyna says:

    romantik gitu. sabar je lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *