Chatime Sudah Ada di Star Mall Mentakab.

image

Semalam berbuka ringkas di rumah dan lepas solat Maghrib keluar makan malam di KFC Star Mall Mentakab. Memang sudah tiada orang sebaik kami melangkah masuk, yang tinggal hanya 2 keluarga berbangsa cina. Lepas makan kami jalan-jalan cuci mata.

Baru perasan sudah ada Chatime berhampiran KFC tadi. Memandangkan waktu itu perut kekenyangan lagi maka tunggu lain masa baru kami cuba Chatime tersebut.

Aku singgah ke kedai kaca mata di dalam itu dan aku telah menempah kaca mata baru. Dijangka siap hari Khamis nanti. Punyalah aku berkenan pada bingkai hitam tu tapi kaki bingkai itu warna kuning sampaikan tuan kedai tu tukarkan kaki bingkai lain ke bingkai itu. Maka dapatlah set lengkap warna hitam kesemuanya.

Nanti bila sudah siap dan aku telah terima kaca mata baru tersebut akan aku kongsikan di blog ini. Aku pun tidak sabar untuk berkaca mata baru sempena raya nanti, semoga lebih kacak dari sekarang hendaknya…haha.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

10 Responses

  1. Anarm says:

    Aku dah naik jemu mengadap Chatime.. Sekarang lebih suka Coolblog sebab ada perkataan BLOG dan ada Heliza.. Kih3..

    Dah lama jugak aku tak tukar spek mata baru.. Dah banyak tahun beraya dengan spek mata sama je.. Nak kena tukar jugak ni.. Tapi mungkin lepas raya..

    • Ejam Othman says:

      eh sama ler, aku pun suka coolblog sebab ada heliza jer…hehe
      aku tukar cermin mata baru pun sebab dah 2 tahun lebih tidak tukar, cermin pun dah calar teruk.

  2. daddydee says:

    Pernah juga merasa chatime tapi sekali je…hahhaha

  3. Anuar says:

    Beraya dengan cermin mata baru ler nampaknya tahun ni.. hehehe

  4. akubiomed says:

    Pernah merasa chatime semasa menghadiri event pelancaran DiGi WWWOW Awards 2013.

  5. encik bakul says:

    kali pertama dengar pasal chat time. best ke?

  6. Hafizul says:

    Dia jual apa dalam ni bro?hehe

  7. asiah says:

    Lama dah tak g Starmall …dah ade Chatime upenye…;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.