Macam Dia Pula Yang Puasa.

image

Ini cerita waktu berbuka semalam. Setelah kepenatan perjalanan pulang dari Kelantan maka beli lauk siap di Bazaar Ramadhan Songsang. Bila tiba waktu berbuka, hidangan atas meja jepun yang tidak seberapa tu cukup menterujakan Haq untuk turut sama berbuka puasa.

image

Mengalahkan orang yang nak berbuka dianya. Siap duduk bersila walaupun tak sampai paras meja. Tangan sibuk mencapai air. Dia cukup pantang kalau nampak air berais, mesti dia akan ulang-ulang ayat nak sangat air dengan sebut “nak aaayeeerrrr”.

image

Setelah 3 hari Haq merasa berbuka dalam suasana meriah di kampung diharapkan dia tidak buat Papanya ini kerap marah, bukan dia tak tahu betapa bengkengnya Papanya ini…hehe.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

7 Responses

  1. Anuar says:

    Anak Bro exited sangat tengok makanan terhidang di atas meja… Tentu di nak join sekali… 😉

  2. Mus says:

    seronok melihat gelagat anak bersahur dan berbuka puasa

  3. Alin Marlini says:

    budak2…memang camtu…suka sibok kacau

  4. titan says:

    biasalah tu. budak-budak. hoho..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *