Adakah Ini Dikira Minta Derma Cara Paksa?

image

Syarikat Sedirian Berhad tu.

Aku baru sampai di Melaka untuk memulakan cuti Raya. Abah aku serahkan sampul surat ini, mula-mula pelik juga dari siapa dan mana dia dapat alamat aku tu. Bila dibuka nampak ada 8 keping kad raya dengan cetakan lukisan hasil daripada karya ahli syarikat tersebut.

image

Bila dibaca pada lembaran yang disertakan ada ayat meminta bayaran secara langsung kerana menerima sampul dan kad-kad tersebut. Aku tak membeli tapi mereka minta dibayar, hebat sungguh strategi perniagaan mereka. Aku akan pulangkan balik semua kad tersebut. Sekian terima kasih.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Anuar says:

    Saya pun ada terima satu set Kad Raya dari orang kurang upaya ni… Kalau Bro tak nak hulurkan sumbangan Bro boleh poskan semula semua kad-kad tersebut…

  2. sukma says:

    pernah dengar citer nie…..tapi macam tak patut jer caranya…..

  3. titan says:

    dah banyak kali dapat. Aku simpan aje. Malas nak pos semula. Habis dut setem aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *