Alhamdulillah Rumah Terbuka Raya Kami Berjalan Lancar.

image

Ruang tamu yang berjaya dikemas.

Syukur malam tadi program yang kami rancang untuk menjamu kawan-kawan berjaya terlaksana. Persiapan dari segi pelaksanaan dan makanan berjaya disiapkan sebelum tetamu sampai. Hujan rahmat turun sebagai permulaan majlis. Maaflah seandainya tetamu terpaksa duduk di atas lantai kerana kami kekurangan karpet dan tikar untuk dihamparkan.

image

Hidangan tersedia untuk dijamu.

image

Jemput menjamu selera.

Tetamu yang hadir langsung disuruh menjamu selera, tidak elok dibiarkan perut lapar terlalu lama. Nenek pengasuh Haq juga datang dan sebelum majlis bermula badannya mula panas kembali. Haq agak meragam dan tidak mahu berjauhan daripada Papa dan Mamanya. Nasib baik nenek ada boleh tengok dan jagakan sekejap.

image

image

Waktu nenek nak pulang Haq mula nak mengikut jadi kami benarkan saja dia ikut. Sebaik sahaja habis majlis aku ambil dia semula dan dia baru hendak tidur, nasib baik. Bila Haq sudah ada di rumah dan selesai sudah majlis maka kenalah tidurkan dia dahulu baru boleh mengemas rumah.

Sebaik sahaja dia tidur operasi mengemas dimulakan dan berjaya selesai jam 12 tengah malam itupun hanya melibatkan bahan makanan sahaja. Hari ini lepas balik kerja barulah aku sambung kemas rumah semula.

Terima kasih pada tetamu yang hadir, semoga makanan yang kami sediakan cukup dan mengenyangkan. Lain kali andai ada rezeki lebih InsyaAllah boleh kami buat makan-makan lagi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga. Maaf Zahir dan Batin.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. sukma says:

    sate tu yang sedap….meriahnya majlis nie……..

  2. zool says:

    HM.. nampak meriah gak tu

  3. Anuar says:

    Tahniah Bro… Nampak meriah juga rumah Terbuka ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *