Bahagia Apabila Membahagiakan.

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Isteriku Tersayang.

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran Isteriku Tersayang.

Alhamdulillah hadiah sempena Hari Ulangtahun Kelahiran Isteriku yang tersayang telah selamat sampai. Baru beli semalam dan memang minta penjual hantar terus ke pejabat isteriku untuk dibuat kejutan. Saiz teddy bear besar ini ialah 1.2 meter. Aku sendiri belum tengok lagi macam mana rupa parasnya, gambar ini pun dikongsikan oleh isteriku di Facebooknya. Seronokkan bila dapat buat orang tersayang senyum dan sengih sepanjang hari bila dapat sesuatu yang istimewa. Tidak perlu yang mahal-mahal cukup sekadar yang menarik dan comel. Cara untuk ambil hati wanita itu mudah, jangan fikir yang susah-susah.

Ucapan aku sempena Hari Ulangtahun Kelahiran Isteriku Ahad nanti bersamaan 01 September 2013;

Terima kasih Sayang untuk kasih dan sayang yang diberikan. Sokongan dan bantuan yang diberikan amat dihargai walaupun tidak pada kata namun ada pada tindakkannya. Semoga Sayang panjang umur dan dimurahkan lebih lagi rezeki, diberikan kesihatan yang terbaik dalam membesarkan anak-anak kita. Semoga baby yang bakal lahir nanti cantik dan comel macam Sayang juga. Andai ada tersalah kata sesama kita diharapkan tidak disimpan lama, ampunkan setiap satunya sebelum kita lelapkan mata setiap malam hendaknya. Terima kasih Sayang untuk segalanya. 

Entri ini bukan untuk menunjuk-nunjuk ya, mana tahu ada yang muntah hijau bila baca. Orang seperti anda tidak dialu-alukan di blog ini. Cuba mendoakan kebahagian orang lain kerana anda akan beroleh bahagianya juga. Buang jauh-jauh hasad dan dengki kerana ianya perosak hati penghalang rezeki.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. sweet.. klo ema dpt dr en.suami pon kompom sengih memanjng…

  2. Anarm says:

    Orang yg muntah hijau tu satu hari nanti mungkin dia akan buat benda yg sama macam ni. Cara macam ni la boleh eratkan lagi hubungan dlm rumahtangga. Memang seronok bila dapat buat pasangan kita bahagia..

Leave a Reply to Anarm Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *