Kedai Melayu Tutup Lagi Maka Pekena Mamak Pagi Ini.

image

Roti kosong dan roti telur.

Pagi ini keluar pergi sarapan dengan isteri, habis ronda ke lokasi kegemaran kami nampaknya banyak yang masih tutup beraya lagi. Kedai mamak pun ambil tempat dalam kotak memori maka terus tuju ke sana mencari sarapan pagi. Roti canai dan roti telur untuk aku, isteri aku pula makan mee goreng saja. Buat alas perut pagi ini cukuplah syukur ada benda boleh dimakan lagi.

Adakah sepanjang minggu ini aku akan alami kesukaran untuk dapatkan makanan siap dari peniaga melayu? Tolonglah abang kakak balik cuti cepat sikit, kesianlah pada saya ni nanti tiada bekalan makanan mencukupi. Kalau tiada pilihan nampaknya terpaksalah cinta hati aku masak di rumah…kesian dia dah tak larat sangat tapi demi suami dan anak dia sanggup. Sayang suri hatiku 🙂

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Anuar says:

    Ramai peniaga pekedai makanan masih bercuti lagi Bro… Layan kedai mamak pun ok juga…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.