Kenangan Rumah Usang Itu.

image

Rumah Wan aku...suatu ketika dulu.

Petang tadi beraya ke Selaru rumah Mak Andak aku, lepas tu pergi ke Kampung Ulu Senaling pula ziarah Wan Acu aku. Seketika sahaja kami di sana kemudian bergerak pulang ke Melaka semula. Laluan masuk dan keluar dari rumah Wan Acu memang akan melalui rumah usang itu.

Itulah rumah di mana Wan kami pernah tinggal dengan Arwah Atok. Sejak tiadanya lagi Atok maka Wan mengikut anak-anaknya secara bergilir, dari satu rumah ke rumah yang lain pula. Hinggakan rumah kampung tersebut tinggal tanpa berpenghuni lagi. Banyak kenangan waktu kecil di rumah itu, setiap kali balik kampung bergelimpanganlah anak cucu tidur.

Laman rumah itulah tempat kami bermain dan membakar mercun. Bila masing-masing sudah dewasa dan punya keluarga sendiri tiada lagi ulangtayang kisah lama. Buku memori baru dicipta masing-masing bersama keluarga sendiri.

image

Rumah bersebelahan ini juga adalah rumah pusaka turun temurun yang kini milik Mak Andak aku. Adakah kami anak, cucu dan cicit Wan mampu berkumpul semula semuanya di rumah biru itu?

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Anarm says:

    Boleh.. Kalau tak berkumpul waktu hari raya pun, contact semua pakat ramai2 adakan family day kat situ.. Buat acara bakar2 ayam ke..

  2. anuar says:

    Tentu meriah hari raya. . Bila dpt berkumpul satu keluarga

  3. titan says:

    wat rumah terbuka la kat rumah tu..

  4. farhan says:

    berkumpul balik wat makan2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.