Kesian Haq Tak Boleh Main Hot Wheels Wall Tracks.

image

Semalam kami berada di rumah Acu aku dengan agenda utama untuk siapkan pemasangan Hot Wheels Wall Tracks yang mana gambar dan video dirakam untuk tujuan tugasan advertorial. Semasa proses pemasangan Haq memang tidak dibenarkan masuk ke bilik Haikal kerana dikhuatiri akan berlaku kemusnahan…hehe.

Aku, Haikal dan Aiman duduk dalam bilik mereka siapkan pemasangan Wall Tracks tersebut. Agak mudah dipasang oleh anak kecil. Aku sediakan panduan pemasangan ikut turutan supaya tiada bahagian yang tertinggal. Lepas siap adik Haikal si Awan dan Haq dibenarkan masuk tapi tidak dibenarkan sentuh..hehe.

Aku terpaksa halang Haq dari dekat sebab aku kenal cara dia bermain iaitu main dan musnah. Maka bagilah dia bahagian tergantung ada perkataan Hot Wheels tu saja, dia pegang tak lepas sampailah tertidur. Jangan marah Papa yer Haq, nanti dah besar sikit baru boleh Papa belikan yer.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

9 Responses

  1. titan says:

    tak apa, banyak hari lagi leh main. hoho

  2. akubiomed says:

    Samalah dirumah kalau mainan dibaling-baling macam main ’rounders’.:-)

  3. sweetkurma says:

    hihihi banyak cari lagi haq nak musnah tu nanti mak cik aja ya

  4. Kesianya. Sampai tertidur. Takpe, nanti dah besar macam-macam mainan boleh main.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *