Melemang Di Petang Menjelang Hari Raya.

image

Adik ke-3 aku selaku orang kuat projek ini.

Siapa kata tinggal di taman perumahan tidak boleh nak bakar lemang. Ini kami buktikan kemahuan adalah pendorong untuk menjayakan misi hampir mustahil bagi sesetengah pihak. Adik ke-3 aku selaku ketua projek mega ini bertindak menjaga api dan lemang yang dibakar.

image

Jumlah 20 batang lemang sahaja untuk projek pertama kali ini. Sekiranya menjadi mungkin tahun berikutnya bolehlah dibuat lagi dan tambah kuantiti lemang juga. Persediaan lemang ini agak lewat juga kerana tengah hari baru kami memulakan pembakaran disebabkan beberapa masalah teknikal.

image

Aku terlibat dengan kerja penuh seni iaitu memotong daun pisang dan menyumbatnya ke dalam semua buluh. Adik aku yang bongsu tolong sumbat beras pulut dan isi santan. Apa yang penting…kerjasama. Tak sabar nak rasa hasilnya malam nanti.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Tapiwanashe says:

    I’m very proud for you, ummm .. boleh la I buat my homework dnegan use this note. can copy all. so, tak salah lah if copy this. teacher must write my book all correct ! so, thanks for your this pokok pisang note. i love this. selamat maju jaya okayy. klau boleh I pon nak buat website baru and write story about this pokok pisang and jenis-jenis pokok pisang. so, this is what I’m talking. selamat maju jaya!VA:F [1.9.22_1171]please wait…VA:F [1.9.22_1171](from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.