Open House Pertama Untuk Raya Kali Ini.

image

Malam tadi pergi rumah terbuka a.k.a open house raya di rumah kawan isteriku. Majlis mula jam 8.30 malam dan kami dapat sampai sebelum orang ramai walaupun berlaku kesesatan sedikit namun dapat diatasi dengan penuh bergaya sekali. Menu yang disediakan oleh tuan rumah sangat sedap antaranya mee kari, mee sup, spageti goreng dan kuih-kuih.

Popia goreng dengan kuah cilinya sangat meletup sekali dan aku terpaksa menambah. Anak aku Haq pula seperti mendapat lesen kebebasan dari papa dan mamanya, seronok bermain sebab ramai kawan. Tuan rumah siap buka bilik khas untuk dijadikan tempat bermain untuk anak-anak, sangat memahami sekali tuan rumah itu.

image

image

Ada baby girl comel anak kawan isteriku dan amatlah mesra orang betul. Menegur dan senyum jer bila diajak bersembang. Isteriku ambillah budak tu dan pangku, secara pantasnya terbit rasa cemburu pada Haq bila tengok mamanya bermanja dengan budak lain. Macam manalah nanti agaknya bila sudah beradik dalam sebulan lebih sahaja lagi.

image

image

Inilah bilik bermain untuk anak-anak tetamu yang hadir. Haq punya seronok dia buat macam rumah sendiri dan lupa pesan papanya buat macam rumah orang.

image

Nama dia Haq juga.

Bilik bermain tu milik Abang Haq anak tuan rumah, bila Haq bertemu Haq maka angin melintang ler jadi mereka tak dapat nak ngam…hehe. Apa-apa pun terima kasih yer Haq senior sebab bagi tumpang bilik dan mainan. Seronok Haq aku bermain dan terus tidur bila sampai rumah setelah diupah minum air kosong saja sebelum tidur lagipun sebelum itu dah makan banyak jadi tak sesuai untuk minum susu.

Ucapan terima kasih kepada tuan rumah kerana menjemput. Siapa lagi nak menjemput sila tempah hari agar tidak bertindih dengan jemputan lain ya. Kami tempah Selasa 20.08.2013 untuk majlis rumah terbuka kami. InsyaAllah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Anarm says:

    Best laa beraya ada budak2 kecik.. Aku raya kat kampung pagi raya tak berapa meriah sebab takde budak2.. Petang anak buah balik baru rasa meriah skit..

  2. Azie says:

    Bestnya pergi open House, Haq Tu tk lama nak dapat adik jeles bukan main lagi tu hihi. Nak buat juga makan2 tapi jemput adik beradik je hihihi.

    Tengah fikir masa yang sesuai, sebab suami agak busy sikit.

  3. best rasa jd tuan rumah kan.

    kami pun pertama kali buat tp tahun lepas.. thn ni x buat kot.. tp open je siapa2 nak dtg 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.