Pembelian Pertama di Hulala.my Adalah Sebuah Bateri Laptop.

image

Minggu lepas aku ada buat pembelian di laman web Hulala.my iaitu sebuah bateri laptop bagi menggantikan bateri yang telah lama rosak untuk laptop Compaq Presario CQ35 aku ini. Pada harga RM139.00 seunit aku rasa sudah cukup murah untuk laptop aku yang telah berusia ini.

image

Bungkusan dari Hulala.my telah sampai pagi tadi ke pejabat dan aku cuba memasang bateri tersebut di rumah namun timbul masalah kesesuaian pada reka bentuk bateri tersebut. Ianya tidak dapat masuk ke ruangan bateri disebabkan ada bahagian terhalang pada ruang tersebut.

image

Aku terus hubungi merchant yang bertindak sebagai penjual di laman web tersebut melalui email dan maklumbalas pantas dari mereka melegakan aku kerana mereka minta aku pulangkan semula bateri tersebut untuk digantikan. Mereka akan tukar mengikut siri model yang bersesuaian dengan laptop aku ini.

image

Bahagian yang terhalang.

Aku akan poskan semula bateri tersebut esok dan diharapkan mereka punyai stok dan dapat menghantar semula secepat mungkin. Sekian luahan hati seorang pembeli.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

11 Responses

  1. Mus says:

    siapa akan tanggung kos pos tu bro?

    • Ejam Othman says:

      tak tanya pula hal tu, tp tadi dah poskan semula kena caj RM6 sahaja maka boleh abaikan kot sebab tak berapa byk.
      apa yang penting dapat bateri yang betul.

  2. Anuar says:

    Baguslah peniaga ni mahu gantikan semula bateri laptop tu…

    • Ejam Othman says:

      tuler, mereka pun silap sebab tak buat semakan dengan aku dulu kot kerana mereka tahu ada 2 jenis bateri untuk kategori model laptop aku.
      harapnya pengganti bateri yg akan datang nanti betul ler.

  3. titan says:

    pehh..rajin hang beli online ek..

    aku kalau laptop ni..memang dah ada kedai rasmi dah..cari diorang aje. hehe

  4. amirnawawi says:

    Fuhh! nasib baik dapat tukar bro. Klau tak melayang Rm139

  5. Anarm says:

    Wahhh.. Ada kedai baru.. Boleh aku tengok2 nanti kot2 ada barang yg berkenan boleh beli..

  6. Anarm says:

    Nak return balik bateri tu kos hantar diorang akan bayar ke camne?

    • Ejam Othman says:

      tak tanya pula.
      poslaju caj rm6 jer, tak berapa mahal sgt kot jadi boleh kira halal.
      tapi kalau diorg nak bayar balik ada bagusnya juga untuk testimonial yg baik…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *