Potret Raya 2013 Kami Sekeluarga.

Aku, isteri dan anakku tersayang.

Aku, isteri dan anakku tersayang.

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana memberi kesempatan buat kami sekeluarga beraya tahun 2013 ini bersama-sama. Pada hari raya pertama selepas pulang dari solat sunat Aidilfitri dan ziarah kubur kami adik-beradik dan ipar duai bersama abah dan acik bergambar untuk kenang-kenangan bersama. Kali ini aku ada bawa pulang dslr maka gunakan saja kamera sendiri namun lupa pula nak bawa balik tripod tapi itu bukan alasan kerana ada alternatif lain berjaya menyelamatkan keadaan.

Saksikan potret kami di bawah ini. Maaflah kalau tidak cantik hasilnya kerana aku bukan ahli dalam bidang ini..hehe

Gambar beramai-ramai.

Gambar beramai-ramai.

Gambar dengan adik-beradik yang ada waktu itu.

Gambar dengan adik-beradik yang ada waktu itu.

Kami ada 7 orang adik-beradik, dalam gambar ini hanya ada 5 orang saja sebab lagi 2 tidak ada waktu gambar ini dirakam. Budak kecil tu anak angkat paling latest Abah dan Acik aku. Tak tahulah lepas ini akan ada lagi tak yang diangkat mereka, sebelum ini mereka pernah besarkan 2 orang yang sudahnya diambil oleh keluarga mereka semula.

Potret kami sekeluarga dengan Abah dan Acik.

Potret kami sekeluarga dengan Abah dan Acik.

Kenang-kenangan tema merah tahun ini, Haq sebagai anak sulung dan InsyaAllah tahun depan beraya aku kena pangku Haq dan mamanya pangku adiknya pula.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

10 Responses

  1. Azie says:

    Tema merah ye ejam, meriah nampak, tahun ni sya tak bergambar pun sangat. Belek2 Phone baru perasan gambar kami berdua tak ada pun berbaju raya huhuuuu

    Tunggu raya haji ni la baru nak bertema2 hhiihihi.

  2. Anuar says:

    Meriah betul keluarga Bro.. Terutamanya dengan tema warna Merah.. Memang cantik… Selamat Hari Raya saya ucapkan Bro dan seisi keluarga…

  3. KiD says:

    merah menyala.. ada sepupu wife.. satu family siap anak cucu semua pakai merah.. datang umah, waaaaahhhhh.. merah mak ngah! hehhee

  4. eyriqazz says:

    Meriah..serba merah gitu….hehehehe…

  5. papa mifz says:

    oh serba merah kesemuanya , samalah den sekeluarga pun warna merah , tapi merahnya lain sikit…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.