#TeamHE – Mudah Sebenarnya Pemasangan Hot Wheels Wall Tracks.

Kami Team HE - Haikal dan Ejam.

Kami Team HE – Haikal dan Ejam.

Ini kisah misi yang harus dilaksanakan, tertubuhlah Team HE untuk menyahut cabaran Hot Wheels Wall Tracks setelah mendapat kelulusan Acu dan Paksu aku untuk “pinjam” anak sulung dia. Waktu bungkusan kotak Wall Tracks itu sampai lagi sudah buatkan Haikal dan adik-adiknya teruja untuk main namun mereka berjaya menahan diri daripada membukanya, tahniah..hehe.

Memandangkan hari Ahad lepas kami berkelapangan maka misi untuk memasang permainan tersebut telah berjaya dilaksanakan. Lokasi di dalam bilik Haikal dipilih agar jangka hayat permainan tersebut lebih lama dan mereka dapat bermain dengan tenang tanpa gangguan adik bongsunya..hehe. Tempoh pemasangan tidak makan masa yang lama janji ikut sahaja panduan yang dibekalkan.

Kereta Hot Wheels Percuma di dalam set ini.

Kereta Hot Wheels Percuma di dalam set ini.

Pecahan Wall Tracks yang perlu dipasang.

Pecahan Wall Tracks yang perlu dipasang.

Saat pecahan Wall Tracks dikeluarkan dari kotak lagi mereka sudah teruja, oh ya mereka yang dimaksudkan itu ialah Haikal dan Aiman. Aku bawa masuk Aiman ke dalam proses pemasangan ini kerana usia dan minatnya sesuai dengan tugasan. Boleh nampak kedua-dua beradik ini cepat faham macam mana nak bina dan pasang pecahan tersebut.

01 - Template Wall Tracks

Pelan pemasangan katanya.

03 - Pemegang Wall Tracks

Pandangan dekat bila dah ditampal.

02 - Pemegang Wall Tracks

Pandangan dekat bila dah ditampal.

Peringkat awal aku pasangkan dulu pemegang Wall Tracks tersebut di dinding bilik mereka berdasarkan pelan yang disediakan, lepas itu barulah mereka kerjakan bersama-sama aku untuk memasang bahagian-bahagian yang ada sebelum digabungkan menjadi satu.

Siap sedia.

Siap sedia.

Tugasan penyambungan bahagian-bahagian kecil telah aku serahkan pada Haikal sebelum kami sama-sama gabungkan pada pemasangan pemegang Wall Tracks tersebut. Penuh semangat dia mengerjakan setiap bahagian. Aiman tengok saja dan memberi sumbangan idea dan sokongan moral..hehe.

Haikal menyambungkan bahagian-bahagian kecil terlebih dahulu.

Haikal menyambungkan bahagian-bahagian kecil terlebih dahulu.

Sambung cepat Haikal.

Sambung cepat Haikal.

Bahagian ini pula.

Bahagian ini pula.

Pasang-pasang.

Pasang-pasang.

Siap dah bahagian ini.

Siap dah bahagian ini.

Inilah hasilnya setelah kami gabungkan semua bahagian maka terhasillah set lengkap Wall Tracks yang sedia untuk dicuba dengan kereta Hot Wheels percuma itu.

Sedia..

Sedia..

Bagi zoom sikit.

Bagi zoom sikit.

Bersedia untuk dilepaskan.

Bersedia untuk dilepaskan.

Ambil gambar dulu sebelum main.

Ambil gambar dulu sebelum main.

Sangkutlah pula.

Sangkutlah pula.

Ketika mereka bermain aku sempat rakamkan video mereka. Biasalah bila 3 orang budak lelaki bermain, kalau tak berebut memang tidak sah tapi nasib baik tiada aksi ekstrem yang terjadi..hehe. Lepas ini kena tambah koleksi kereta Hot Wheels pula sebab track dah ada. Lagi banyak lagi meriah.

[yframe url=’http://www.youtube.com/watch?v=Wzii9c6eTjs’]

Aiman siap buat research lagi dengan tengok Youtube video Wall Tracks yang ada, budak-budak zaman sekarang cepat tangkap apa yang mereka main dan belajar.

Siapa kata bermain tidak dapat membentuk pemikiran anak-anak? Apa yang perlu ibu bapa buat ialah kawal dan tetapkan tempoh masa bermain untuk anak-anak agar tidak melampau dan terlalu sibuk bermain sampai lupakan benda lain yang lebih penting.

Terima kasih Hot Wheels untuk Wall Tracks ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

17 Responses

  1. ariff says:

    kalaulah aku masih budak-budak…

    untung anak2 dapat hot wheels tu 🙂

  2. Anarm says:

    yang si kecik tu pun sibuk nak main jugak. Hehe..

  3. Affan says:

    Suma main tolak guna tangan je dlm video tu hahah

  4. cikgu naman says:

    Adus jelesnya..

    Kalau beli berapa RM ye?

  5. Baru2 ni beli yg sangkut kat tombol pintu.

    Bila tgk yg ni..haihhhh nak jugak cari utk hero 2 org kami.

    Cool.

    Plg best bila lepaskan kereta meluncur..

    Mmg feel..

    Hehehhehe..sesekali emak pon tumpang sama.

  6. Anuar says:

    Nama anak sulung Bro Haikal juga ker? Sama nama dengan anak sulung saya… Baguslah kecil-kecil dah bermain permainan macam ni… Boleh mengasah kemahiran Psikomotor mereka…

    • Ejam Othman says:

      eh jap..
      Haikal adalah sepupu aku iaitu anak maksu aku.
      Disebabkan mainan ini tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 4 tahun maka aku hadiahkan pada sepupu kecil aku itu.

  7. sukma says:

    memang menarik hot wheel nie…nak kena cari untuk my kiddos….berapa ler harganya ekkk…?

  8. Mohd Yazed says:

    Dulu tiada permainan seperti ini..Untung anak-anak sekarang..pelbagai mainan yang boleh dimainkan…www.tepakku.com

  9. hafizrahim says:

    permainan macam ni yang seronok dimain..bukan untuk anak2 je..untuk bapak skali..hehehe

  10. Ain says:

    owhh baru paham dia lekat kat dindingg.. huyo tak penah nampak lagi ni..heheh nampak gempak je ni..heheh

  1. 18/09/2013

    […] diberikan sebiji kereta masing-masing. Terima kasih pada panel juri kerana memilih blog aku sebagai salah seorang daripada pemenangnya. Lepas ini kalau ada produk nak review lagi bolehlah hubungi aku ya jangan segan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *