Kabinet Pasang Siap Yang Boleh Diubah-ubah Bentuknya.

image

Aku nak sambung cerita pasal barang yang aku baru terima hari itu, ingat lagi tak yang aku tiada mood untuk buka dan pasang tu. Ok begini sebenarnya sambungan cerita itu. Ianya adalah kabinet pasang siap yang aku beli dari laman web tawaran murah. Konsep kabinet tersebut membuatkan aku terpesona lalu terbeli. Oh silap-silap, buka saja-saja terbeli sebenarnya kebetulan aku perlukan kabinet di tempat kerja aku untuk menyimpan beberapa barangan yang penting untuk aku selepas saja isteri aku mula bercuti dan pulang ke kampung.

image

image

image

Binaan kabinet tersebut mudah dipasang dan diubah bentuk menjadikan ianya sesuai untuk pelbagai kegunaan. Sebelum membeli aku bertanyakan beberapa persoalan kepada penjualnya untuk mendapatkan pengesahan bagaimana dan macam mana untuk menambah komponen sedia ada dengan aksesori tambahan.

image

image

image

Set yang aku beli ini menyediakan 23 kepingan yang bila disambung untuk menjadi dinding dan para bagi sebuah kabinet di datangkan juga dengan 24 penyambung. Komponen tambahan yang mereka jual adalah seperti kepingan untuk dijadikan pintu, penyangkut baju dan juga magnet sebagai pemegang kepingan pintu ketika ditutup.

image

image

1 set kabinet tersebut telah menghasilkan 6 bahagian ataupun para untuk kegunaan simpanan barangan. Boleh dijadikan tempat simpanan kasut ataupun pakaian yang pernah dan akan aku beli di Zalora Malaysia. Bagi aku dengan adanya kabinet ini bolehlah aku tempatkan sama dokumen penting berkaitan kerja dan bisnes kami dalam keadaan lebih tersusun dan kemas.

Material kabinet tersebut adalah seperti kepingan plastik yang diikat pada kerangka besi petak yang ringan. Kekukuhan binaan aku tidak pasti tapi apa yang aku rasa dan lihat ianya sesuai untuk kegunaan ringan sahaja.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

20 Responses

  1. Mus says:

    menarik jugak ni..
    kalau di rumah saya khuatir akan jadi bahan mainan..
    kena cari yang susah nak buka dan pasang.. atau pun yang fix

    • Ejam Othman says:

      samalah, bila ada anak kecil ni banyak hal kita kena pertimbangkan..
      kabinet ini digunakan di tempat kerja saya sahaja sebab jauh dari laku musnah…hehe

  2. cikgu naman says:

    Berapa RM ni? MENARIK jugak

    Eh ni entri yang dapat baucar rm50 ke?

  3. puanbee says:

    cantik juga , kalau letak barang ringan2 comel ni .. baju baby ke kan ..

  4. hafizmd says:

    menarik ni…baru nak tanya berapa dan kat mana…sekali kena tunggu entri lain daa….

  5. akubiomed says:

    Senang dapat rak jenis pasang siap macam didalam gambar. Comey pula tuh.

  6. azwan says:

    menarik..cantik..

  7. Kujie says:

    oklah ejam.. benda kalau kita beli sebab nak guna
    ok dah ni

  8. Ain says:

    ok dah ni yek. nk jimat ruang bole buat smpai 6 tingkat ke atas.. hm hm brapa rm ni..

  9. titan says:

    dah lama aku tak beli jenis yang macam nih..

  10. cantik jugak kabinet ni. Kalau letak kertas-kertas atau dokumen ok la ni.

  11. Miey Shafa says:

    Assalamualaikum saya amat berminat sila whatsapp saya 0199298985

  12. syu says:

    Kat mana boleh beli almari mcm ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *