Main Air Laut Memang Seronok.

image

Sesi berkelah petang tadi memberi ruang untuk Haq turun masuk air. Tidak disangka-sangka reaksi dia jauh berbeza tidak seperti waktu aku cuba bawa dia ke gigi air Pantai Putri di Melaka berdekatan rumah Abah aku. Kali ini dia nampak berani dan seronok bermain tidak hiraukan Papa dan Mamanya dah.

image

Aksi dia main air tadi bukan main lagi seronoknya sampai ada ketikanya dia boleh baring-baring atas pasir sambil main air. Lepas ini bolehlah bawa Haq main air lagi.

image

Geng dewasa waktu budak-budak ini mandi semuanya sibuk mencari lokan. Hasilnya tak banyak sangat tidak pasti apakah punca kekurangan hasil tersebut.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

8 Responses

  1. Mus says:

    saya pun selalu bawa anak mandi laut.. cuma bila laut bergelora.. kena elakkanlah
    kena selalu waspada

  2. Anarm says:

    Aku dah lama tak main air laut. Kulit dah sensitif dengan air laut. Dulu masa dok Kelantan rumah dekat dengan Pantai Cahaya Bulan, hari2 pergi mandi situ. Sekarang dah tak boleh kena air laut.. Taktau kenapa..

  3. anuar says:

    Seronoknya dapat tengok Haq dan rakan-rakan mandi laut. . Kalau Uncle ada dekat sana pun tentu Uncle join sekali. .

  4. Hairul Azni says:

    Saya pun baru bawak anak2 main air laut semalam..

  5. Dianaa says:

    budak2 memang suka main air. macam adik Diana yg kecik

  6. Dah besar dah. Dah berani nak masuk dalam air tu. Hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *