Produk Serai Wangi Penghalau Tikus dan Lipas.

image

Ikhtiar untuk menghalau tikus dari rumah ini masih giat dilakukan sebaik mungkin. Usaha terbaru ialah menggunakan Produk Serai Wangi Awin – Pencegah Tikus dan Penyegar Udara. Produk ini berasaskan herba dan baunya boleh diterima lagi.

image

Antara kelebihan dan ciri-cirinya ialah:-
1. Mencegah tikus di dalam dan luar rumah.
2. Mengharumkan pakaian di dalam laci dan almari.
3. Menghilangkan bau haiwan dari rumah.
4. Digunakan di dalam laci, almari baju, dan dapur.
5. Tidak beracun. Selamat digunakan di dalam rumah dan berhampiran makanan.
6. Mengandungi bahan aktif serai wangi.

Sekotak dijual pada harga RM6.50 dan berkesan sehingga 90 hari. Ada 6 ketul yang boleh digunakan untuk banyak lokasi pilihan di sekitar rumah.

image

Untuk lipas dan serangga lain juga ada, warna merah jambu lagi ketulan tersebut.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

11 Responses

  1. cikgu naman says:

    Kebetulan tgh cari benda camni

    Kat mana ada dijual ye?

  2. Ain says:

    mcm roti gardenia je bentuk dia.. haha.. 😀

  3. titan says:

    ada gak warna merah jambu ek. hehe..

  4. Mus says:

    Masalah tikus memang tengah melanda sejak cuti raya hari tu.. perlukan barang seperti ni..

  5. Selalunya kalau tikus guna perangkap tikus tu je. Takda halau-halau dah. haha

  6. siti asrah says:

    di lahad datu sabah mana nak dapat REFEL ROACH ‘AWIN’?

  7. juan says:

    di mana boleh nak dapat di sandakan,sabah?saya dah gunakan.sangat berkesan.dulu beli di pejabat pos.sekarang mereka tak supply.

  8. azrol says:

    saya nak beli borong, boleh ker? – azrol 0134266264

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *