Tampil Yakin dan Segar Selepas Pengambilan Ephyra.

Kesan Pengambilan Produk Ephyra (2)

Ephyra – Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda.

Alhamdulillah, syukur sangat kerana setelah aku diperkenalkan dengan produk Ephyra telah memberikan kesan yang baik buat aku. Antara kesan yang begitu jelas dirasai ialah dari segi penampilan pada wajah aku yang membuatkan keyakinan aku semakin baik, mana tidaknya orang dah mula perasan akan perubahan tersebut. Ada antara kawan-kawan sekerja bertanyakan tentang kelainan yang mereka lihat pada wajah aku. Tidaklah aku rasakan putih melepak tetapi ianya memberikan warna kulit yang lebih bersih dan cantik, sedap mata memandanglah katanya. Antara kami tiada rahsia, memang aku beritahu mereka yang sekarang aku sedang ambil produk Ephyra.

Kesan Pengambilan Produk Ephyra (5)

Muka ceria dalam perjalanan balik ke kampung.

Kesan Pengambilan Produk Ephyra (6)

Papa dan Haq waktu di kampung, awal pagi ronda padang.

Pada 10 September yang lalu aku memulakan pengambilan produk Ephyra ini. Wajah aku waktu itu telah dirakamkan untuk melihat sendiri perubahan yang terjadi. Selain dari perubahan pada wajah ada beberapa keistimewaan lain yang aku dapat rasai, ianya adalah seperti berikut:-

  • Sistem Pelawasan – aku merasakan setiap pagi mesti akan masuk tandas dan membuang apa yang sepatutnya dengan lancar sekali, tidak seperti sebelum ini yang biasanya aku perlukan masa yang agak lama untuk termenung seketika.
  • Mengurangkan Sakit Sendi – sakit pada lutut dan lenguh-lenguh biasa sangat aku rasa kalau lepas duduk atau berdiri lama, selepas pengambilan Ephyra aku rasa ada pengurangan dari segi masalah tersebut. Pergerakan aku bila bangun dari tidur juga terasa bertenaga.
  • Memberikan Tenaga Tambahan – pada cuti Hari Malaysia yang lepas aku telah balik ke Kelantan untuk menghantar isteriku untuk mulakan cuti rehat sebelum bersalin. Perjalanan di waktu siang biasanya meletihkan tapi dengan pengambilan Ephyra pada awal paginya aku merasakan pemanduan 7 jam tidak terasa letih sangat. Biasanya kami akan bergilir-gilir memandu untuk sampai ke destinasi tapi tidak pada hari tersebut. Perjalanan pulang pula aku bersendiri memandu, ternyata sangkaan aku dengan pengambilan Ephyra juga dapat membantu aku kekal bertenaga memandu hingga sampai ke rumah.
Kesan Pengambilan Produk Ephyra (7)

Sachet yang mudah dibawa.

Gambar di bawah menunjukkan perubahan pada wajah aku, mungkin tidak ketara tapi apa yang aku rasa cukup puashati bila kulit wajah lebih lembut dan tegang saja rasanya. Sebelum ini aku merasakan wajah agak kusam tapi lepas ambil Ephyra terasa perubahan pada tona kulit aku dan pipi macam semakin tegang, tak perlu berbotox bagai dah..hehe.

Sebelum dan selepas pengambilan Ephyra.

Sebelum dan selepas pengambilan Ephyra.

Pengambilan makanan tambahan untuk kesihatan perlu diambil oleh lelaki juga, nak pula yang sudah berumahtangga ianya dapat membantu diri tampil sihat dan bertenaga untuk pasangan dan seterusnya menguruskan rumahtangga. Bila Papa sihat maka dapatlah bermain dan bermanja dengan anak-anak. Tampil lebih menarik dan kemas di tempat kerja dapat membina  keyakinan diri dalam menjalankan setiap amanah kerja seharian.

Sebagai pengguna Ephyra aku mencadangkan lelaki di luar sana mengambilnya dan pasti anda akan berpuashati dengan hasil yang diperolehi. Norman Hakim adalah salah seorang dari pengguna Ephyra itu sendiri selain isterinya Memey Suhaiza.

Norman Hakim pengguna Ephyra.

Norman Hakim pengguna Ephyra.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak juga boleh mengambil produk Ephyra ini kerana terdapat banyak testimonial menunjukkan keberkesanan kepada penggunanya dalam memperolehi susu badan yang lebih banyak, berkualiti dan semestinya memberikan faedah kepada anak yang menyusu itu secara tidak langsung.

susu ibu ephyra

Aku nak kongsi maklumat tambahan yang pasti mengujakan anda, pada 2 hingga 6 Oktober 2013 nanti pihak Oceanlife  selaku pengeluar Ephyra terlibat dalam Ekspo Makanan Halal Terbesar Malaysia 2013 – HalFest yang diadakan di Pusat Pameran MINES Seri Kembangan, Selangor. Kunjungilah booth 078 untuk mendapatkan Promosi Hebat dan Peluang Cabutan Bertuah. Pihak Ephyra terlibat dengan HalFest 2013 ini adalah kerana selaku produk yang HALAL dan SELAMAT digunakan oleh pengguna mereka bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat secara langsung.

Pada yang berminat ingin mendapatkan Ephyra pada harga promosi bolehlah emailkan kepada mereka di info@oceanlife2u.com dan nyatakan blog ini sebagai rujukan bagi membolehkan anda dapat harga RM380 untuk 2 kotak. Sekiranya anda ingin mencuba dulu kesesuaian produk boleh dapatkan Trial Pack untuk 10 hari pada harga RM68 (Semenanjung) dan RM78 (Sabah dan Sarawak).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Ephyra sila hubungi;

  1. Laman web: www.oceanlife2u.com
  2. Facebook Rasmi: www.facebook.com/oceanlife2u
  3. Instagram: @ephyra2u
  4. Email: info@oceanlife2u.com
  5. No.telefon: 019 3999 238 (Call/Sms/Whatsapp)

Terima kasih Ephyra, aku rasa lebih yakin sekarang.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

22 Responses

  1. humidors says:

    I’m now not certain where you’re getting your info, but great topic.
    I needs to spend a while learning more or understanding more.

    Thanks for fantastic info I used to be searching for this information for my mission.

    My site … humidors
    humidors recently posted…humidorsMy Profile

  1. 24/03/2014

    […] Testimoni lelaki – klik SINI […]

  2. 21/04/2014

    […] +Alhamdulillah, syukur sangat kerana setelah aku diperkenalkan dengan produk Ephyra telah memberikan kesan yang baik buat aku. Antara kesan yang begitu jelas dirasai ialah dari segi penampilan pada wajah aku yang membuatkan keyakinan aku semakin baik, mana tidaknya orang dah mula perasan akan perubahan tersebut…baca lagi. […]

  3. 09/12/2014

    […] Testimoni lelaki – klik SINI […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge