Pembelian dari Lazada Selamat Diterima.

Pertama kali sebenarnya aku buat pembelian dengan Lazada ini. Jenama mereka besar dan aku pernah dengar juga pernah baca beberapa kes lama yang seram sejuk bila difikirkan selaku pembeli. Tak cuba tak tahukan, oleh itu nekad dan tekad aku membuat pembelian ini yang dimulakan dengan nilai kecil dulu sebagai percubaan prestasi mereka.

2 barang menjadi pilihan aku berdasarkan keperluan sekarang, membeli mestilah yang perlu sahaja bukan kehendak ya nanti membazir jadinya. Aku beli tetikus (mouse) untuk isteriku gunakan pada netbooknya bagi menggantikan tetikus lama yang telah selamat dijahanamkan oleh Haq..hehe. Yang kedua aku beli Portable 3G Wireless Router untuk isteriku gunakan di kampung, bolehlah dia pacakkan modem 3G yang ada pada router tersebut dan seterusnya menjadikan seluruh rumah kampung itu ada wifi tersendiri.

TP-LINK TL-MR3040

TP-LINK TL-MR3040

Ada 2 jenis sebenarnya router yang menjadi perhatian aku iaitu model TP-Link TL-MR3040 dan juga TP-Link TL-MR3020. Namun begitu kedua-duanya ada perbezaan yang membuatkan aku memilih model TL-MR3040 untuk dibeli. Ianya adalah kerana model tersebut mempunya bateri yang boleh dicaj semula terbina di dalamnya. Oleh itu router tersebut dapat digunakan tanpa punca kuasa elektrik seandainya bateri penuh.

TP-LINK TL-MR3020

TP-LINK TL-MR3020

Semoga dengan pembelian router ini dapatlah aku dan isteri berhubung ketika dia berpantang di kampung nanti. Maklumat tentang anak pertama dan anak kedua (yang bakal lahir) perlulah aku ketahui sebagai pengubat rindu seorang Papa yang berada jauh.

Saiz Router 3G yang muat dalam tapak tangan.

Saiz Router 3G yang muat dalam tapak tangan.

Boleh lihat gambar di atas bukti bahawa memang barang yang dibeli di Lazada sampai dengan selamat dan mengikut spesifikasi yang dibeli. Aku dah cuba router ini dengan menggunakan modem 3G, ianya mudah sangat digunakan. Seandainya perlu membuat sebarang perubahan pada router tersebut apa yang perlu dilakukan hanya akses panel kawalan dalaman yang disediakan. Setting yang perlu dibuat juga mudah dan senang difahami.

Satu lagi barang yang aku beli iaitu mouse juga telah selamat diterima.

Mouse untuk isteriku.

Mouse untuk isteriku.

Dengan pembelian ini aku membuat kesimpulan barangan yang dibeli dari Lazada memang selamat diterima dan barangan tersebut juga adalah sama seperti yang terpapar di laman web mereka. Apa tunggu lagi marilah mulakan pengalaman membeli-belah di Lazada untuk kepuasan dan penjimatan yang lebih lagi.

Terima kasih Lazada kerana beri servis yang baik.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

8 Responses

  1. Abdur Rozak says:

    Sayapun tengah melirik barang kat lazalada,harga yang ditawarkan jauh lebih murah dibanding pergi kedai.

  2. Cikgu Hairul says:

    Bertuah la dapat barang yang diorder tepat pada masanya. Memang tak dinafikan, saya juga ada buat pembelian dan tak sampai dua hari memang dah sampai. Malangnya bukan barang yang diorder tapi barang lain. Sedih juga sebab proses return dan penggantian barang sangat lambat. Melalui tracking number yang saya hantar ke Lazada, 27hb Sept dah sampai, tapi sampai hari ni masih belum ada apa-apa feedback. Call dah berkali-kali, email juga dah dihantar. Barangan yang tersalah tu pun dah dipulangkan. Ngeri juga bila sudah terkena macam ni..

    • Ejam Othman says:

      Nampaknya ada orang ambil mudah tugas yang diamanahkan oleh majikan mereka lazada itu. Tindakan tegas harus diambil dan selesaikan masalah ini segera.

      Meh email detail yang ada ke email saya, akan saya forwardkan pada pihak mereka untuk tindakan.

  3. Ramai betul yang shopping dekat Lazada sekarang ni ye. Mesti harga murah ni.

  4. Anarm says:

    Memang best shopping kat Lazada.. Barang yg dihantar dibungkus dengan kemas dan sampai dengan selamat..

  5. Ain says:

    Kadang2 bila dah byk sgt org beli kat stu tmpat, boleh jadi keliru agaknya smpai salah hntar brg..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *