Rindu Haq Rindu Aqil

image

InsyaAllah hujung minggu ini akan balik ke Kelantan untuk menghabiskan masa beberapa hari bersama anak-anak dan isteri tersayang. Memandangkan hari sabtu yang lepas aku kerja maka dapatlah cuti ganti sehari. Dapatlah bercuti sampai hari selasa.

Perancangan awal memang tak nak balik bulan November nanti kerana hujung bulannya akan balik untuk majlis nikah adik ipar dan terus bawa balik anak-anak dan isteriku sekali. Memandangkan ada cuti yang panjang dan rindu pada mereka maka semangat nak balik tu menjadi-jadi pula.

Tak sabar nak jumpa hero-hero Papa terutamanya Haq yang dah mula panggil Papanya B juga macam apa yang Mamanya panggil. Alahai anak bijak papa ni.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

10 Responses

  1. Shubhi says:

    sayang isteri tinggal-tinggalkan….

  2. Anuar says:

    Kita serupa Bro… Berjauhan dengan isteri dan anak-anak seketika…. Tapi mujur pula anak yang sulung tinggal bersama saya, sebab dah masuk pra sekolah…

    • Ejam Othman says:

      aku nak jer jaga yang alongnya tapi mamanya tak benarkan..
      tak sabar tunggu hujung bulan 11 nanti mereka akan ikut balik sama dan bermulalah episod baru kehidupan kami..

  3. Mus says:

    hahaha..
    bahaya kalau anak terikut sebutan tu bro..

    • Ejam Othman says:

      tuler…cepat btol dia tangkap..
      lepas ni tak boleh ler nak panggil dengan panggilan manja tu dengan wife kalau depan anak2 takut diorg terikut2..hehe

  4. alahai..comelnya..bila la nak kawen.. T_T

  5. sukma says:

    dekat disayang jauh dirindu……..hihi

  6. Ain says:

    haha pandai Haq..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *