#blogrrr – Blogger Most Wanted

Perhimpunan Blogger Terbesar di Malaysia.

Perhimpunan Blogger Terbesar di Malaysia.

Kebetulan jalan-jalan cyber malam tadi terjumpa tentang suatu projek menarik ini, dengan menggunakan hashtag #blogrrr mereka merancang Perhimpunan Blogger Terbesar di Malaysia yang akan dibuat di MIECC, MINES pada tarikh 14 Disember 2013.

Mengikut agenda yang dirancang kelihatan banyak perkara menarik yang akan dilaksanakan. Beberapa perkongsian ilmu tentang Blog juga bakal disampaikan oleh panel-panel jemputan yang terkenal di dalam bidang masing-masing. Lihat agenda yang dirancang pada hari tersebut:-

Antara aktiviti yang menarik:
1. Kunjungi lebih dari 100 booth jualan (blogshop) dari kalangan bloggers
2. Dapatkan tips & tricks daripada otai blog seperti Ikhwan (amanz.my), Nisa Kay (nisakay.com), Obefiend (blogserius.blogspot.com), Shawn Razak (blogr.my) dan Selina Wing (selinawing.com).
3. Hadiri lebih dari 10 seminar mini bagaimana memajukan blog dan perniagaan daripada pemain gergasi seperti MYNIC, Google, SSM, PUIM, BSN dan Maxis*
4. Temui artis-artis terkenal dan menangi lebih dari 250 hadiah rebutan!

Cubaan mencipta rekod di dalam ‘The Malaysia Book of Records’ juga akan cuba dicapai pada hari tersebut untuk Perhimpunan Blogger Terbesar di Malaysia.

 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. Anarm says:

    Macam best jer.. Macam best jer.. Boleh join ni..

  2. Ini terbaik 14 Dis tarikh lahir den nie hehe

  3. Ain says:

    wah.. ni mcm menarik… tapi tak free pula pd hari tu..

  4. joehaz says:

    nak pegi kena dtg awal. kalau x, mmg takde parking la jawabnya huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *