Cantik Bangunan Baru Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh

Bomba Temerloh yang baru.

Cantik bangunan baru Balai Bomba Temerloh ini.

Kegilaan aku terhadap seni binaan yang cantik dan mempersonakan memang tak berkurang. Walaupun aku ada Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam tapi kerja aku tidak pernah menggunakan sekeping sijil itu. Entah kenapa sejak bekerja aku lebih terjebak kepada berurusan dengan hal ehwal orang sahaja. Waktu praktikal di Jelebu dulu aku berdepan dengan situasi yang menjengkelkan sekali terhadap konsultan M&E yang ada. Sejak itu seperti terpadam nafsu aku pada Kejuruteraan Awam hingga aku merasakan tersilap pilih kursus.

Walaupun begitu aku tidak rasa rugi sangat sebab takdir membawa aku ke arah yang memberi kelebihan lain, ternyata apa yang kita rancang tidak sebaik yang dirancang oleh-Nya. 6 bulan terjebak dengan dunia komputer terus membawa perubahan dalam hidup aku sehingga kini, sesuatu yang aku suka dan senangi.

Suka design Balai Bomba baru ini.

Design baru untuk binaan Balai Bomba baru.

Oh terpanjang pula bebelan intro tadi. Berbalik pada obsesi aku pada bangunan dan binaan yang cantik. Bila tengok Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh yang baru ini membuatkan aku berhenti tepi dan ambil gambar. Dah lama sebenarnya nak ambil gambar tapi situasi tak sesuai tapi pagi tadi lepas bersarapan aku lalu kawasan ini semata-mata nak ambil gambar saja. Dari luar dah cantik bangunan ini kalau dapat peluang tengok dan ambil gambar dalam balai ini mesti lagi best.

Bomba Temerloh tak nak buat “house warming” versi balai ker? Kalau nak buat jangan lupa jemput aku ya…hehe.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. anuar says:

    Hmmm. . Cantik bangunan Balai Bomba Temerloh ni.. bangunan barulah katakan. .

  2. titan says:

    peh. namak cantik jer…nampak comel jer..

  3. Aniq Bukhary says:

    Berhenti semata2 nak snap gambar.. hahaha

    Sama kes ngn saya. Saya seorang photographer, kalau nampak benda2 menarik kat tepi jalan, kekadang tu berenti jgk semata2 nak tangkap gambar.. hehe

  4. joehaz says:

    bukan dlm bidang kejuruteraan awam pun takpe la tuan. janji kerja apa yg kita buat sekarang lagi best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.