Macam Di Persisiran Pantai Jer.

image

Depan kawasan rumah mertua aku di kampung memang berpasir. Tempat untuk budak-budak seperti Haq bermain memang puashati luaslah tapi kalau dah dibuatnya macam sedang bersantai ditepian pantai maka itu telah lebih.

image

Kaki tak berselipar tu memang dah biasa sangat tapi kalau Papa dia ni ada sori ler nak berkaki ayam begitu harus keluar suara petir Papanya..hehe. Lepas ni kalau dah balik ke rumah kami semula jawabnya mesti dia rindu sesangat nak main pasir.

image

Siap meniarap lagi atas pasir tu. Tengah buat pemerhatian terhadap hidupan kecil ker? Wah ada ciri-ciri peminat National Geografi ni nanti bolehlah guna DSLR Papa untuk ambil gambar pula yer.

Semua apa yang dia buat ini mesti akan dia teringat-ingat bila sudah balik ke rumah kami semula. Waktu tu mulalah nak cari alternatif lain untuk capai keinginannya itu. Silap hari bulan tanah sekangkang kera depan rumah kami tu pun boleh jadi port dia lepaskan gian. Alahai anak macam-macam perangai comel yang kau buat tapi takper ler itu semua proses pembelajaran buat kau juga. Nanti dah besar baca blog Papa ni yer.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

15 Responses

  1. Jerangkap samar ada x? (yakni tahi kucing)

  2. Anuar says:

    Seronoknya tengok gelagat anak-anak bro… Teringat zaman masa saya kecil-kecil dulu… hehehe

  3. titan says:

    hokey..siap baring lagi tu..

  4. Boleh pula macam tue ek…

    Eh gua dah baca entry ini lol….

  5. kak mahh says:

    Bestnya meniarap tak peduli orang dah.

  6. OH Ping Blog says:

    nti ble anak da bsr, bole tlg update blog nie..
    ahaha

  7. suriaamanda says:

    teringat kecik2 dulu, main pasir, main perang2, main bola lisut..paling best mandi sungai ngan mandi hujan…SA dulu sorang jer perempuan..sepupu2 yg lain semua lelaki…x reti nak main masak2 de….

    • Ejam Othman says:

      memang best zaman kanak-kanak kita dulu kan, sekarang ni budak2 lebih suka mengadap tablet atau smartphone jer…
      rugi nanti dah besar takde memori indah nak dikongsikan dgn anak2 mereka pula..

  8. Ain says:

    itulah tgk gmbar mcm kat tepi pantai dah..haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.