Berhati-hati Ketika Makan Kacang Tumbuk

image

Rasa macam makin kecil saiznya.

Tajuk bunyi macam serius punya isu padahal tiada apa pun cuma nak ingatkan kalau makan kacang tumbuk ni kena hati-hati dalam beberapa situasi. Antaranya ialah jika tengah makan jangan bersembang takut nanti tersembur muka kawan depan kita. Lagi satu kalau ada awek comel depan kita sila makan kacang tumbuk dengan penuh sopan-santun, malu dibuatnya kalau comot gaya makannya.

image

Isinya yang mudah lerai.

Tengok saja isi kacang tumbuk yang disalut nipis kepingan kacang diluarnya yang seperti lapisan kerak tebal tapi tidak tebal mana. Amik kau dah pusing-pusing ayat aku nak terangkan. Senang cerita kalau boleh makan biar sekali ngap tapi kalau tidak boleh silalah makan perlahan-lahan dan nikmati kacang yang sedap itu.

Saiznya macam makin mengecil sekarang atau adakah aku sudah cukup besar sampai pandangan aku berubah pada saiznya? Sama-samalah kita fikirkan demi masa depan kacang tumbuk agar tidak hilang di dunia…hehe.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. titan says:

    benda feveret gua maa ini benda..

  2. Sedapnya kacang tumbuk …nak jugak b…

  3. Bahrain says:

    bila tersembur ni teringat kawan lama. tgh makan pastu tersembur sebab terkejut. time tu makan batang buruk..
    Sedap makan kacang tumbuk ni, dah lama tak makan.

  4. luthfi says:

    saat makan jangan sambil ngomong nanti bisa tersedak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *