Bila Along Nak Merasa Macam Adik Rasa.

image

Kebas kaki Papa.

Semalam merupakan hari pertama Haq ke rumah nenek pengasuh setelah 2 bulan lebih berada di kampung bercampur gaul dengan saudaranya. Waktu hantar pagi tadi hanya aku seorang sahaja, mamanya dan Aqil tidak ikut sama. Bila didokong oleh nenek dia buat muka juga tapi nasib baik tidak meragam.

Lepas beberapa jam mamanya hubungi telefon nenek pengasuh dan bertanyakan tentang keadaan Haq ternyata di ok. Jam 5.30 petang lebih kurang sampai saja aku depan rumah nenek tu dah dengar suara Haq panggil papa-papa. Punyalah ceria dia dan diharapkan akan terus beri kerjasama baik ketika berada di rumah nenek. Minggu hadapan adik Aqil pula akan memulakan sesi latihan awal menyesuaikan diri dan keadaan dengan nenek Ani.

image

Sambil online sambil meriba Haq.

Seperti sebelum ini Haq ternyata akan cukup letih dan dapat tidur awal bila sudah balik dari rumah pengasuh. Sempat jugalah mandi malam, makan dan tukar baju sebelum menyerah kalah lena dipangkuan papanya. Kebas kaki jugalah meriba budak 12kg ni walaupun kejap.

Bila Haq tidur awal dapatlah Aqil rasa lebih tenteram daripada alongnya yang suka kacau dia..hehe

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. Anuar says:

    Seronok tengok ragam anak-anak ni… Tak lama lagi, jadilah macam anak saya Adam dan Haikal… Boleh main sama-sama dan gaduh sama-sama… Si abang suka menyakat si adik, dan si adik pula suka bergaduh apabila di sakat…

    • Ejam Othman says:

      Tak sabar nak tunggu anak2 membesar. Waktu kecil lain ragamnya bila dah besar lain pula.
      Anak lelaki ni dalam pada bergaduh tu pun boleh jdkan mereka lebih akrab kan.

  2. luthfi says:

    semoga lekas besar menjadi anak yang soleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *